Google+

oleh: quinnie karipap

Karipap

memang peminat no.1 kuih karipap...:)


Created on : 26-02-2010

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi quinnie




Bahan-bahan ( anggaran 40 ketul )

  • INTI KARIPAP
  • 300 gm daging ( cincang halus, kalau nak tambah daging lagi pun boleh)
  • 3 sudu besar udang kering*
  • 3 biji bawang putih *
  • 1 biji bawang besar*
  • 5 biji cili kering *
  • 5 tangkai daun kari (kalau daunnya besar boleh la cincang sikit)
  • 2 biji cili merah (hiris halus)
  • 2 biji bawang besar ( dipotong dadu)
  • 12 biji kentang saiz besar (dipotong dadu- jgn kecil sgt)
  • 5 sudu besar rempah kari daging/ ayam (saya pakai cap babas/ alagapas)
  • 2 sudu besar gula
  • 2 sudu teh garam
  • 1/2 cawan santan pekat/ susu sejat
  • air secukupnya dan sedikit minyak utk menumis .kalau tak de daun kari boleh guna daun sup atau nak guna dua2 sekali pun boleh. ikut selera masing2.
  • DOH KARIPAP
  • 1 kilo tepung gandum
  • 250 gm buttercup (seketul)
  • 1 cawan minyak masak (saya pakai minyak sayuran)
  • 1 sudu besar garam
  • 1 1/2 - 2 cawan air sejuk( dari peti ais) - ni anggaran je

Cara-cara

  1. CARA BUAT INTI
  2. blend kering bahan2 bertanda *. kemudian panaskan sedikit minyak dalam kuali. tumis bahan blend tadi. bila dah naik bau, bolehlah masukkan daun kari. selepas itu boleh la masukkan serbuk kari yg telah dibancuh dengan sedikit air. tumis kari tadi hingga terbit minyak.
  3. saya biasanya kalau tumis rempah ni lama skit...pakai api pelan. selepas rempah dah terbit minyak, masukkan daging tadi. masakkan daging tadi hingga keluar air dia. lepas daging dah keluar air dia baru masukkan kentang. selepas itu masukkan air. masukkan air sama paras dengan kentang dan daging tadi. jgn letak lebih air sebab nanti kentang jadi hancur.
  4. bila masakan tadi dah mendidih, bolehlah masukkan santan/ susu tadi. biar lagi hingga masakan tadi hampir kering. sentiasa kacau dan guna api pelan utk elakkan masakan hangus.
  5. selepas itu masukkan bawang besar dadu dan cili merah tadi. kacau2 rata dan masukkan gula serta garam utk perasa. kacau2 lagi sehingga inti tadi dah nampak kering/ tiada air.kemudian ketepikan inti untuk disejukkan.
  6. CARA BUAT DOH
  7. mula2 asingkan dulu dalam 3 sudu besar tepung gandum dari 1 kg tepung utk dijadikan bahan taburan masa nak gelek doh atas penggelek. kemudian masukkan tepung dalam mangkok berserta garam dan gaul2 rata.
  8. sementara itu, panaskan butter dan minyak dalam periuk. guna api pelan. kacau2 utk elak dari hangus. bila minyak dah panas dan butter dah cair boleh la dituangkan dalam tepung tadi. tuang sikit2 dan kacau guna sudu utk ratakan. bila dah rata bolehla masukkan air sikit demi sikit. kemudian uli doh tadi hingga lembut dan rata. bila doh dah siap diuli tutupkan doh tadi dengan tuala basah utk elakkan doh tadi cepat kering. ada lagi satu kaedah...balut doh yg dah uli tadi kedalam pembalut plastik dan rehat dalam 15 minit. lepas tu baru terus uli. kalau guna cara ni kulit memang lembut dan rangup bila goreng. tabur kan tepung masa nak gelek kalau guna cara ni sebab tepung memang lembut. kena pandai le agak2...sebab takut terlebih tepung lak masa tabur.
  9. tabur sikit tepung gandum atas penggelek dan mulalah proses membuat kulit karipap tadi. gelek doh jgn nipis sgt nanti cepat koyak kulit dia masa nak isi inti.
  10. isi inti dalam doh dan kelim karipap tadi. saya suka letak karipap yg dah siap atas dulang non-stick.
  11. bila dah siap bolehlah karipap tadi digoreng. utk dapatkan kulit karipap yg cantik mula2 panaskan minyak dalam kuali. bila nak masukkan karipap tadi, tutup dulu api, kemudian baru masukkan karipap. lepas tu baru pasang balik api dengan api yg sederhana. selalu kalih2 kan karipap tadi utk dapat warna yg sekata. api kena perlahan...baru dapat kulit yg rangup sampai ke petang...sebab faktor menggoreng jugak penting kalau tak dia tak rangup.
  12. kalau nak simpan karipap yg lebih, mula2 masukkan dulu karipap yg dah disusun dalam dulang tadi dalam peti sejuk. agak2 karipap dah sejuk baru alihkan dan susun karipap dalam tupperware atau bekas yg sesuai. alaskan setiap tingkat karipap tadi dengan plastik dan bolehlah disimpan.

Tag

kuih








Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (15)

26-02-2010, katanggi komen :

best yer karipap,,,,saya nak buat saiz L n inti padat,,alang2 buat sendiri,,buat lain dari yang kat kedai,,,saya jugak peminat no 1 tahun dari tahun 1941 lagi tau,,hehehehehe


26-02-2010, sufiyah komen :

cara quinnie buat doh dan cara goreng memang sama dengan cara mak saya buat. insyallah memang sedap. Kulit bila goreng tak lah menggelembung atau luar dah kuning tapi kulit dalam tak masak lagi.


26-02-2010, quinnie komen :

saya sufiyah, memang cerewet bab kuih muih ni...:) sekarang ni kalau nak makan karipap memang kena buat sendiri, tu yg sekali buat saya buat byk...biar puas makan...:)


28-02-2010, sixsixtwo komen :

Quinnie... terima kasih kerana berkongsi. Dari olahan resepi yang sangat terperinci, saya boleh rasa keikhlasan anda berkongsi ilmu.... Saya akan cuba resepi ini, walaupun dah tau resepi karipap lain...


28-02-2010, kualin komen :

aah quinnie...confirm karipap ni sedap! macam yg mak saya buat..masa nak menggoreng mak pesan jgn biar minyak panas sangat masa nak masukkan yg mula2, guna api sederhana je..petua quinnie tu pun cantik dah!


03-03-2010, ALIF ZULFAQAR ISHAK komen :

ASSALAMUALAIKUM, INTI KARIPAP MEMANG SEDAP HINGGA MENJILAT JARI. TAPI BILA SAYA MASAK, DIA PUNYA BIBIR KARIPAP SERINGKALI TERBUKA SEBAB SAYA GUNA KEPIT TAK GUNA YANG TRADISI (NAK CEPAT) DAN BARU KELUAR DARI FROZEN TERUS GORENG . BAGAIMANA HENDAK MENGELAKKAN MASALAH YANG SAMA BERLAKU ?


03-03-2010, quinnie komen :

alif...jgn isi inti byk sgt kot....kalau inti penuh sgt memang dia mudah terbuka....saya pun kadang2 macam tu jugak... mungkin jugak kulit karipap tu kering dah kering masa awak nak isi inti...pastikan kulit dia tu ditutup dgn towel basah...tak kira dah gelek atau lepas gelek....sebab kalau kulit dia kering memang dia susah nak lekat.... lagi satu jgn pasang kipas kuat2 kalau masa buat karipap ni...sebab kulit dia cepat kering... mungkin org lain boleh kongsi petua lain...saya ni pun bukannya pandai sgt...:)


03-03-2010, quinnie komen :

sama2 sixsixtwo....moga kuih awak menjadi..:) kualin...saya dpt tips ni pun dari mak kawan saya...memang tiap2 kali nak masukkan karipap...tak kira la gorengan yg keberapa pun..mesti kena tutup api....


06-03-2010, Salshari komen :

Alif , kalau kak buat karipap selalu sapu air keliling doh tu baru kelim jarang terbuka bila goreng cuba lah


11-03-2010, inamanjalara komen :

hmm bestnyerr!mmg minat karipap,tp susah tol nak dpt yg sedap,kdg2 wat sakit ati je beli, rasa?hmmm..satu ari akan ku cuba juga resepi mu ini hehe...tungguuuu...


12-03-2010, quinnie komen :

ina..kalau beli....inti dia mesti tak sesedap buat sendiri...buat sendiri boleh letak daging banyak2....kalau nak jual...memang leh bankrup tokeh kueh....hehehhe


27-08-2011, purplerossa komen :

As salam quinnie..sy dah try respi ni.tapi gamba tak cntek la..karipap yang cun2 seme dah kasi jiran..malu lak nak anta laporan.ada lagi belen,dah difrozenkan(byk hasilnye).nnti dah goreng yg tu baru sy repot ek?sy ikut seme cara2,alhamdulillah,jadi n sedap!sy tak terror kelim.hodosss!wakakaka..gune acuan jek.still kene ejas,sebab dok terbuke.kene rajin buat baru ok kot.thanx 4 da respi :)


30-08-2011, quinnie komen :

purplerossa...sebenarnya doh kulit ni lembut...dia kalau u goreng dia terbukak tu maknanya doh dia tak cukup lembut..maybe kurang air...minyak kena betul2 panas..didih masa u masukkan dlm dlm tepung...air mungkin lebih dari 2 cawan...sebab itu saya tulis aggaran jek...doh yg betul..bila u letak air tu....doh tu jadik lembut macam doh roti...dia akan mengembang doh tu nanti masa u uli...bila ditarik rupa doh cam doh roti texture dia...lepas tu balut dgn plastik tuk membantu doh tu berwap....rehatkan dan nanti uli...doh akan lembut dan tak dek masalah doh terbuka..:)


25-09-2011, purplerossa komen :

ohh...macam tu ker..alors!sy taktaw cmne keadaan doh tu sepatutnye.uli bukan main dah..yups,mebi kurang air..pastu satu gi silapnye is masa panaskan butter n minyak tu..sy wat tak smpai mendidih..agak2 panas jer..skng dah tau,leh la repeat utk kasi perfect kan?tengkiuk quinnie atas penerangan yang detail itew..smoga sentiasa dirahamatiNya kerana quinnie sgt tak kedekut ilmu :) since masih syawal lagi,sy nak wish slamat hari raya n maaf zahir batin 2u.


25-09-2011, quinnie komen :

purplerossa...moga menjadik lain kali kalau buat doh nya..ada masalah tanya lagi ek...Insyaallah akan sentiasa membantu..ha..a minyak tu kena didih....baru curah kat tepung....air kena sejuk dari peti ais....kalau ikut sukatan tepung ni mungkin 3 cawan kot air nya..saya guna cawan minum kopi tu je..yg lutsinar bukan metrik....


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu