oleh: citarasawan Lopes Hitam Putih

210220101171

Biasa makan lopes hijau kan.. cuba yang ni pula,,,


Created on : 21-02-2010

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi citarasawan




Share


Bahan-bahan ( 20 biji )

  • Bahan A (Lopes Hitam)
  • 400 gram beras pulut putih
  • 100 gram beras pulut hitam
  • 450ml air
  • 50ml santan KARA
  • 2 sdm air kapur
  • 2 sdt garam
  • daun pisang untuk membungkus 3" x 9"
  • tali/getah gelang untuk mengikat
  • Bahan B (Sirap nangka)
  • 200 gram gula merah diracik
  • 50 gram gula pasir
  • 400 ml air
  • 3 helai daun pandan
  • 1 ulas nangka potong dadu
  • Bahan C 1/2 biji kelapa parut putih 1/2 sdt garam

Cara-cara

  1. Lopes: Rendam beras pulut hitam dan putih selama 4 jam. Toskan. Masukkan air, air kapur dan garam, gaul hingga rata dan kukus selama 30 minit hingga masak. Angkat.
  2. Ambil sehelai daun pisang, buat bentuk kon tigasegi, masukkan pulut ke dalam daun pisang hingga penuh, tekan padat. Bungkus dan ikat dengan tali erat-erat. Buat sehingga habis. Guna 2 kon daun pisang untuk membungkus supaya pulut tidak terkeluar.
  3. Didihkan air dan rebus dalam periuk selama 2 jam. Angkat dan toskan. Biarkan sejuk
  4. Sajian: Buka lopes dari daun pembungkusnya, gaul dengan kelapa parut dan siram dengan sirap nangka.
  5. Sirap Nangka: Satukan bahan B, masak hingga gula larut. Masukkan nangka, kacau sebentar dan angkat.
  6. Untuk lopes pulut hitam, perlu di campur dengan pulut putih kerana kandungan kanjinya kurang berbanding pulut putih.
  7. Untuk membuat lopes putih guna kaedah yang sama.
  8. Untuk pulut putih kaedah cepat boleh juga dibuat, iaitu pulut yang dah masak ditekan kedalam acuan atau digulung dengan plastik tetapi kaedah begini hasilnya sama dengan pulut kukus biasa, tidak kenyal dan lekit seperti mengguna kaedah merebus

Tag

kuih-muih


Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (4)

21-02-2010, teruna komen :

tak pernah makan 2 lopes tu pun,,cuma tengok je jenifer lopes,,,,hehe


22-02-2010, noraida komen :

morning morning kak wan. lihat je da terliur tapi pat nak bungkus tu sikit punya lembab.kak wan boleh tolong tak ,aida lembab sangat bab buat nasi impit ,da cuba banyak kali tapi tak pernak jadi macam nak give up pun ada.tq kak wan.lagi satu kalau aida kukus je pakai loyang boleh tak tks banyak kak wan


22-02-2010, citarasawan komen :

hi aida, lopes ni bleh masak cara mudah ditanak terus atau dikukus, biar masak baru ditekan kedalam acuan atau gulung dengan plastik then potong tpi kak wan tk suka cara ni.. rasa mcm makan pulut kukus biasa jer tk kenyal dan beraroma..


06-03-2010, adek82 komen :

saye dah try msk kuih lopes ni petang semalam anak kite kate sedap,tapi sye guna plastik je kak mcm nasi impit,lepas kukus siap lepas tu bubuh dlm plastik mcm akak ajar tu cuma adek guna plastik je...terima kasih kak wan.


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu