oleh: citarasawan Dadar Coklat

200220101135

Aneka lempeng/ketayap Menu untuk kanak-kanak


Created on : 21-02-2010

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi citarasawan




Share


Bahan-bahan ( 10 biji )

  • Bahan Inti Coklat
  • 100 ml susu cair
  • 25 gram gula pasir
  • 1 sudu besar serbuk koko
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 100 gram coklat masakan (potong kasar)
  • 1 biji kuning telur
  • 1/8 sdt garam
  • Bahan Dadar
  • 200 gram tepung gandum
  • 2 biji telur dipukul sedikit
  • 1/2 sdt garam
  • 2 sdm majerin dicairkan
  • 400 ml susu segar/santan cair
  • sedikit coklat emulco
  • majerin untuk meleser

Cara-cara

  1. Inti: Didihkan susu cair secara double boil hingga berbuih ditepinya. Larutkan serbuk koko dan gula dengan sedikit air panas, tuangkan ke dalam susu cair tadi kacau rata. Masukkan coklat masakan, kacau perlahan sambil dimasukkan kuning telur dan tepung jagung untuk memekatkan inti, Angkat biarkan sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk untuk memekatkanya.
  2. Dadar: Satukan bahan dadar, gaul rata hingga tidak berketul. Tapis.
  3. Asingkan 100 ml adunan, masukkan coklat emulco, gaul rata dan ketepikan.
  4. Adunan yang selebihnya dibiarkan dengan warna asal.
  5. 200220101127
    Panaskan non stick pan, leserkan sedikit majerin dan ambil piping bag gunting sedikit saja muncungnya, masukkan adunan coklat dan picit bentuk zig-zaz ke dalam non-stick pan yang telah dipanaskan terlebih dahulu. Biarkan sekejap dan segera tuangkan adunan warna asal diatas jalur coklat tadi (jgn diantaranya kerana jalur coklat akan tertanggal) dan lenggokkan adunan menutupi dasar kuali. Buat hingga habis.
  6. Ambil sekeping dadar, isikan 1 sudu kecil inti ditengahnya. Gulung secara melintang jaluran tadi.
  7. Pastikan dadar suam sedikit sewaktu memasukkan inti coklat gulung dengan cepat supaya inti tidak cair.
  8. Jika tidak mahir dengan piping bag gunakan sudu kecil untuk membuat jalur.
  9. Guna cara yang sama untuk dadar durian

Tag

kuih-muih


Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (6)

21-02-2010, teruna komen :

apa2 pun boleh inti tu kan,,,,,pedas tak yah jalur,,kena tabur serbuk cili,,hehe pandai2 je,,hehehe


21-02-2010, rbecca cookies komen :

sedapnya..sya pun mcm nk cuba je..


21-02-2010, rossamadi komen :

apa-apa yg ada berkaitan dgn coklat memang kegemaran saya pasti akan mencuba mencobanya.


22-02-2010, srt08 komen :

baca cara2 dia pun mcm dah sedap...


22-02-2010, azz@malik komen :

sama ja mcm nk buat ketayap kan?cuma ni ada coklat,senang nya sy pasti akn cuba.....


22-02-2010, citarasawan komen :

yaa azz@malik dadar ni adik beradik lempeng/ketayap kak wan hya bgi idea nk gayakannye .. jemu juga asyik warna ejauu.. aja kan kan,,,, heeheee


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu