oleh: citarasawan Agar-Agar Hitam Putih

120220101036

Aneka Puding


Created on : 18-02-2010

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi citarasawan




Share


Bahan-bahan ( 20 biji )

  • Bahan A (Putih)
  • 7 gm serbuk agar-agar
  • 100gm gula
  • 400ml air
  • 100ml susu segar/susu ideal/santan
  • 1 sudu teh esen vanila
  • Bahan B (Hitam)
  • 7 gm serbuk agar-agar
  • 100 gm gula
  • 500ml air
  • 2 sudu besar nescafe/coco powder (African black)
  • Acuan berlekuk 9 atau 12 (dibasahkan dgn air dahulu sebelum dituang agar2)

Cara-cara

  1. Satukan bahan B dan masak hingga mendidih. Ketepikan.
  2. Tuang agar-agar hitam ke dalam acuan berlekuk sehingga penuh. Buat hingga habis, bekukan.
  3. Keluarkan agar-agar hitam dari acuan dan potong mengikut lekuk acuan. Ambil empat potong dan masukkan semula secara selang ke dalam acuan berlekuk tadi. Ketepikan.
  4. Sementara itu, masak bahan A hingga mendidih. Tuangkan sedikit adunan agar-agar putih memenuhi acuan yang dipasangkan dengan agar-agar hitam tadi. Buat hingga habis.
  5. Biarkan sejuk baru dikeluarkan dari acuan.
  6. Apabila dikeluarkan agar-agar berselang seli warna hitam dan putih.
  7. Merah dan Putih pon cantik jugak,,,, boleh juga guna resipi puding lapis koko klu suka telor
  8. 190220101111
    Acuan Berlekuk 9

Tag

dessert


Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (9)

22-02-2010, jagendas komen :

kalau putih tu warna air jernih cantik lah,,,,


17-03-2010, yumna komen :

kak wan.. boleh tak tunjuk step by step? lagi satu acuan lekuk tu mcm mana? cantik la rupa agar2 ni.. yumna minat sgt agar2 yg cantik berseni nih..


17-03-2010, citarasawan komen :

Insyaalah Yumna, kalo kak wan buat lgi agar2 ni buat ngan step sekali ari tu x smpt...


17-03-2010, naa_q komen :

kak wan..serbuk agar2 tu yg mcm brand nona tu ke? sepeket 10 grm kan..tol ke?pastu kalau guna santan nak boh canne? kan pekat, nak buat tp xde susu cairla skrg ni...atau kena campur air bg jd mcm susu cair? sory banyak soklan...


17-03-2010, naa_q komen :

lg soklan..bab acuan n bentuk tu opt.le kan nak guna bks lagu lain? kalau buat cam puding lapis tu bleh gak yea.. tp masa nak melapis tu yg selebihnya sementara nak tggu yg dibekukan tu beku, blh ke still ltk je atas api pelan2 (xnak bg beku dlm puyuk...)..ish..pelik ke soklan saya ni? kak wan paham ke..hihi


17-03-2010, citarasawan komen :

naa_q, kalo nk kualiti agar2 yg baik guna agar2 cap mermaid atau burung layang2 cap nona 2 blum cuba lgi tpi naa leh try kalo santan tu pekat ambil 50ml + 50ml air tuk jdikan santan cair acuan 2 ikut suka kak wan pakai acuan lengkuk utk hasilkan design camtu kalo naa nk buat berlapis pon bleh agar2 leh dipanaskan semula jika beku kacau hingga x berketul bru tuang ke atas lapisan sebelumnya. Didih atas api perlahan tpi jgn biarkan terlalu lama diatas api nti kering pula agar2 tu. Tutup api dulu kalo beku bru buka api dan kacau hingga rata,,,


17-03-2010, yumna komen :

kak wan.. jgn lupa ya tunjukkan acuan lekuk tu..


17-03-2010, citarasawan komen :

Yumna, k.wan dh pos acuan lekuk yg kecil leh juga guna yg besar kalo suka,,, ;)


17-03-2010, naa_q komen :

trima kasih kak wan..dah panjang lebar tuh..InsyaAllah akan di cuba..


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu