oleh: junjs11 Chicken sandwich

Picture_729

wat pagi ni untuk bekal hubby...


Created on : 13-02-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi junjs11




Share


Bahan-bahan ( 2-3 org makan )

  • 2 ketul ayam tanpa tulang-dihiris2/dipotong kecil2/cincang kasar
  • serbuk lada hitam secukupnya
  • 1 sudu kecil bawang putih cincang
  • 1 sudu besar minyak zaitun
  • 2 sudu besar mayonis
  • 2 sudu besar sos thousand island
  • 1 sudu besar timun yg dipotong kiub kecil (jun guna timun jepun, buang bhgn tghnya)
  • 1 sudu besar tomato dipotong kiub kecil (buang bhgn tengahnya iaitu biji tomato)
  • 6 keping roti sandwich disapu garlic butter or butter

Cara-cara

  1. gaulkan isi ayam dengan lada hitam.
  2. Panaskan minyak. Masukkan bawang putih, kacau, masuk ayam dan masak lebih kuran 6-8min. Angkat n ketepikan.
  3. Dalam mangkuk lain, campurkan mayonis, thousand island, timun dan tomato. Gaul rata.
  4. Sapukan campuran mayonis atas roti dan letakkan ayam tadi diatasnya. Tutup dgn roti. Hidangkan.


Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (14)

13-02-2007, Ayu61279 komen :

k.jun...mana bahan2 nya? iisskkk...


13-02-2007, Ayu61279 komen :

iisskkk...awatla pc ni.sat ada kuar part bahan2 tuh.sat lg kang tak kuar lak.pening gamaknya...


13-02-2007, junjs11 komen :

hehe..tu ayu..dah siap tulis...


13-02-2007, Lilydvalley komen :

amboi! rajinnya hubby juns bawa bekal. My hubby, rela lapar dari kena bawak bekal pg ofc! Blk umah baru sibuk cari mknan.


13-02-2007, hzasabrina komen :

k.jun, hbby kita punye perut..b/fast x leh isi roti..nti memulas..xtau nape..tp klu isi roti canai 4kpg leh plak..


13-02-2007, Nong komen :

Jun isi ayam tu klau rebus dulu lps tu baru campur dgn bahan lain ok jgakan..


13-02-2007, junjs11 komen :

ala lily, tau aje, g keje, dr s.alam nak k KL, jam, mmg x smpt bekpes, tu yg buat bekal, mkn dlm kete. tp x leh la wat mee/nasi, hehe.. haiza, tu sbb..dah biasa mkn roti canai kat kedai tu..hikks..jgn mare. aah, nong..rebus pon boleh...lg sihat...


13-02-2007, Lilydvalley komen :

hmmm...betul juga. Dr S Alam nak ke KL, jamm kat subang jaya...then PJ lak. amboi! mkn roti canai 4 kpg???


13-02-2007, hzasabrina komen :

roti canai kosong je cik lily..hri2 mkn roti canai mau x boroi perut..dh mcm preagnant 3bln tp x besau2...hahaha..klu hbby tau kita bercite psl die mesti die mogok x nk support tank minyak keta kita g keje


13-02-2007, umi_e komen :

jun... baguslah hb u gi keje bawak bekal - jimat! I selama kawin ni tak pernah lak lah buat bekal untuk hb >>> hb takmo hehehehe ... memang jun isteri mithali :)


14-02-2007, junjs11 komen :

isteri mithali? aminnn....hehe, jimat masa...sejak jun jumpa myresipi, lg tambah belanje..sbb sume2 nak try...sampai anak ckp, mama..bukak restoren j la..wahaha..


14-02-2007, Mat Gebu komen :

oooo gossip pasal hubby u ye hzasabrina....sat lagi mat call bagi tau dia.....hehhehehe....


01-01-2008, aleez_29 komen :

kak junnnn... sorry lama menyepi. i baru fikir nak buat ni utk bekal hubby and dotter to school tomorrow.. her first day in school. hubby i memang kalau boleh nak wak bekal.. makan lam kereta.. tapi wifenye yg kekadang tk sempat nak buatkan... kejar masa nak gi kerja juga hehehe


06-09-2011, cl4nx13 komen :

salam...jun nak tumpang tanya, kalu ayam tu direbus @ digoreng, berapa lama boleh simpan dalam peti sejuk??..


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu