oleh: Mat Gebu Mee Hailam

Baking_esential

Masakan orieantal bercitarasa Melayu


Created on : 12-02-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 6 orang )

  • 500 g mee kuning
  • 300 g udang sederhana besar
  • 1 keping dada ayam
  • 1 biji lada Benggala hijau dan merah, dipotong kiub
  • 6 keping cendawan tiram, dihiris
  • 4 kelopak kobis daun, dikerat-kerat
  • 2 biji tomato, dibelah 4 setiap 1 biji
  • 1 cawan taugeh (optional)
  • 2 keping tauhu digoreng dan hiris
  • Hirisan daun sup, daun bawang dan cili padi secukupnya
  • Bawang goreng utk hiasan
  • 3 ulas bawang putih, ditumbuk lumat
  • 3 camca besar sos tiram*
  • 2 camca besar sos lada hitam*
  • 1 camca besar sos abalone*
  • 1/2 camca teh minyak bijan*(*gaul semua sos dalam satu bekas)
  • 1 camca teh kicap pekat
  • 1 camca besar tepung jagung, bancuh dgn sedikit air
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

  1. Basuh udang, asingkan kepala dan ekornya. Perap udang yg telah dibersihkan dgn 1 camca teh garam, biar 5 minit, cuci kembali dan toskan. Dada ayam dipotong kecil2, cuci dan sejatkan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis kepala dan ekor udang tadi hingga kekuningan. Angkat dan tumbuk hingga lumat. Masukkan dalam periuk, tuang 1 liter air dan renihkan 20 minit. Tapis dan asingkan stok udang.
  3. Dalam periuk atau kuali. Tuang sedikit minyak, tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan udang, daging ayam dan kacau goreng 2 minit. Masukkan bancuhan sos tadi dan juga stok udang. Biar hingga mendidih.
  4. Masukkan kobis daun, tomato, cendawan, tauhu dan lada benggala. Masak 5 minit. Tambah sedikit lagi air (mengikut keperluan masing2).
  5. Masukkan bancuhan tepung jagung, dan kicap pekat. Gaul rata. Masukkan mee dan taugeh. Gaul rata. Perasakan garam dan gula secukupnya. Hidangkan panas2 dgn taburan hirisan daun sup/daun bawang, bawang goreng dan cili padi.




Laporan Masakan Bergambar (2)

Mee
07-05-2007
tak buh sos lada hitam, sos abalon tp rasanya tetap sedap..
Laporan oleh: yani

Terima kasih kerana mencuba...Yani, u bila kat M'sia nanti sure meletup dgn mcm2 resipi.

Mee_hailam
24-06-2008
3rd time buat baru dapat post gambar kat sini.. cik abg sukeee sgt ngan mee ni. tak letak pun sos abalone, tp rasa ttp best!!
Laporan oleh: nor_67

Komen (15)

12-02-2007, princessharyati komen :

amboi terliur dibuat yer... kalu mkn dgn telur rebus lg sedap kan!


12-02-2007, Mat Gebu komen :

boleh saya pu3...maklumlah kita buat dia..kalau ikut yg ori punya mana ada taugeh....mat saja je bbuh sebab masak niekan ikut apa yg ada dalam peti sejuk.


12-02-2007, Nong komen :

Wah nampak sedap dn menarikla mat..u ni hebatla boleh kalah Nigella ni..


13-02-2007, Mat Gebu komen :

hehehe tak delah Nong, mat biasa2 aje, sebenonya bonda mat nie selalu posa sunat isnin dan khamis so ini utk dia berbuka posa lahh tadi....tgk lah nanti hari isnin mat tukar menu lain....insya allah...


13-02-2007, umi_e komen :

ermmmm my fav tu cik mat! tunggu buat mee baru boleh buat mee hailam hehehehe


13-02-2007, Ayu61279 komen :

ur mum dok dgn mat ke? b'untung mak mat dpt anak mcm mat ni.sejuk perut dia...btw mee hailam mmg m'goda selera.hehehe...


13-02-2007, akak noor komen :

amboi....mat nie buat apa pun nampak gebu....sampaikan masak mee hailam pun nampak gebu.....he..he..he..jangan mareeeeee....


13-02-2007, hzasabrina komen :

kihkihkih...klaka la k.noor ni..mee hailam cik mat mmg menyelerakan..sedappnyee


14-02-2007, Mat Gebu komen :

hahaha sebenonya mat yg duduk dgn mereka, kak noor pandai ngusik nampak.....


22-02-2007, Noreen komen :

mat, kalau tak ada sos abalone ok tak ingat nak cuba resepi mat nie?


22-02-2007, Noreen komen :

Mat nie masih lagi bujang trang tang tang ke?


28-02-2007, maksu_eja komen :

mmg sedap....resepi u sume nyer superb la cik mat.....u ada p kursus masak-memasak ke?heheheh


23-02-2008, lis4660 komen :

i baru nak try masak mlm ni. tapi bile tgok ada nak sos abalone tu, rasa semacam la plak. kat umah x sos tu, klau x masuk sos tu, tak leh ke?x jadik ke?


16-04-2008, CikSyuRie komen :

CikMat... Tanya sikit boleh?maklumlah saye ni baru belajar nak masuk dapur...kepala udang ngan ekor tu maksudnya tanpa isi udang ke?yang kulit kosong tu ke? Ha ha ha jangan gelak sudah lerrr.....


04-05-2008, hanizura komen :

hari ni lunch mee hailam mat gebu nihhh...marbelessss....dah lama nk try resepi ni, hari ni baru tercapai.... cuma x letak sos abalone dan sos bijan..tp tetap slurrppp....... :D


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu