oleh: citarasawan Bingka Ambon

07022010978

Aneka Kuih Bingka Indo


Created on : 09-02-2010

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi citarasawan




Share


Bahan-bahan ( 14 biji )

  • Bahan A
  • 1 sudu besar yis segera
  • 1 sudu besar gula pasir
  • 125ml air suam
  • 150gm tepung gandum
  • Bahan B
  • 150gm tepung ubi
  • 300gm gula pasir
  • 5 biji telur ayam
  • 1/2 sudu teh garam halus
  • 1 sudu teh esen pandan/vanila
  • 50ml air daun pandan
  • 1/4 sudu teh pewarna hijau
  • mentega cair utk meleser
  • Bahan C
  • 450ml santan pekat dimasak hingga mendidih dan disejukkan.
  • Hiasan : Bijan

Cara-cara

  1. Bancuh bahan A dalam mangkuk yang besar hingga rata dan perapkan selama 1 jam, biar adunan mengembang.
  2. Pukul telur, gula, esen pandan dan garam hingga kembang. Masukkan kedalam bahan A, gaul perlahan-lahan sambil masukkan tepung ubi sedikit demi sedikit. Kemudian tuangkan bahan C, santan yang telah disejukkan tadi. Kacau rata dan masukkan air daun pandan dan pewarna hijau. Kisar sekejap dengan blender dan perap adunan selama 2 - 3 jam.
  3. Leser acuan dengan majerin dan panaskan dalam oven selama 10 minit. Masukkan 3/4 adunan kedalam acuan-acuan kecil. Tabur bijan atau kepingan badam dan bakar pada suhu 160c api atas dan bawah selama 40 minit hingga permukaan adunan mengerutu dan kekuningan.
  4. Cucuk dengan lidi jika adunan tidak lagi melekat, bolehlah diangkat.
  5. Kuih ini melekit sewaktu dipotong ketika masih panas tetapi akan bertambah lembut jika dibiarkan sejuk (4 - 5 jam) pada suhu bilik.

Tag

kuih-muih


Laporan Masakan Bergambar (3)

Bingkaambon
24-02-2010
percubaan yg kdua baru dpt bingka yg bersarang...sedap,tapi ct wat warne kuning perisa vanilla je...tq kak wan kerana berkongsi brmcm2 kue...nnti ct cube yg lain pulak,insyaallah... :p
Laporan oleh: ctmas

mekasih ct krn cuba resipi ni smpai jdi gembira dpt kongsi ngan ct yg rajin masak ni,,,(;

Photo_0297
08-05-2010
tq..cubaan kli pertama trs jadi n sedap sgt2..saya bt masukkan daun limau purut jg n rsnya mcm pertama kli mkn yg asli dr indon..da lepas gian nk makan nie..cuma pasni nk wat bg org lak rasa..tq bebnyak..
Laporan oleh: mama_nor
Bingka_ambon
02-04-2011
salam Wan...sedap bingka ni..mmng menjadi2 sarangnye...heee...mekaseh Wan atas rcpnye... :)
Laporan oleh: kak fida

Komen (5)

10-02-2010, citarasawan komen :

nama2 yg abdulwahub bgi tk relevan ngan kuih ni hihiii... acuan apa pun boleh guna tpi selaraskan masa ketika membakarnya.


10-02-2010, okeed komen :

Sedap nih. Selalu makan yg original dari Jogja, kampung makcik sy..


22-02-2011, MamaImans komen :

sedap kuih ni...makan masa family g melancong ke indonesia..nak kena cuba nih...


02-04-2011, tasriffyra komen :

eee seronoknyee da dpt cepi bingka ambon nie..syik kirim member yg sll g indon je sebelum nie....nmpnye pasnie,da xyah la saya kim member coz saya da dpt cepi nie..ee sukee nyee...tq owner cepi nie....


02-04-2011, tasriffyra komen :

nk tanye kalo saya pakai esen vanilla,yg 50ml air daun pandan tu,kena guna kn gak ke..tq


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu