Semua gambar dan juga resepi yang disumbangkan di myresipi.com adalah hakmilik tuan punya asal dan juga
myresipi.com.
Dilarang mengeluar ulang atau menggunakan mana-mana kandungan laman ini dalam apa jua bentuk dan apa
jua cara sama ada
elektronik, cetak, mekanik, fotokopi, rakaman atau pengstoran maklumat termasuk sistem dapat kembali tanpa
kebenaran dari tuan punya asal ataupun myresipi.com.
10 biji cili merah dipotong kecil dan 3 ulas bawang putih dikisar dgn air sama paras dgn bahan tadi.
Sediakan secawan air asam jawa dan 3 keping asam gelugur.
Masukkan bahan kisar dan air asam jawa ke dalam periuk kecil. Jerangkan sehingga mendidih. Masukkan garam dan gula serta asam gelugur biarkan mendidhih untuk 5 minit.
Rasa sedikit kalau dah cukup rasa dah sesuai dgn citarasa..bolehlah padamkan api dan sejukkan untuk di makan dgn cekodok....tauhu sumbat pun boleh...!
Cara-cara
Daun kucai dikerat-kerat kecil, taugeh di ramas sedikit supaya patah-patah. Rendam kedua-duanya dalam air sebentar.
Masukkan 3 sudu kecil garam ke dalam secawan air panas kacau sedikit supaya larut. Masukkan kedalam lebih kurang 1 litre air sejuk.
Dalam sebuah mangkuk, masukkan tepung gandum dan air tadi. Kacau sehingga menjadi adunan yang tidak terlalu pekat atau cair. Masukkan bikarbonat soda kacau rata.
Akhir sekali masukkan sayur kucai dan taugeh, kacau lagi sehingga sebati.
Panaskan minyak dlm kuali. Sendukkan adunan dengan sudu dan goreng sehingga masak.
Bila dah masak bolehlah dihidangkan panas dicicah pulak dengan kuah asam.