Google+

oleh: citarasawan Koleh Ubi Keledek

02022010939

Kuih Tradisional Kelantan


Created on : 03-02-2010

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi citarasawan




Bahan-bahan ( Loyang 8" empat segi )

  • 1 kg keledek putih
  • 500ml santan pekat biasa (santan kotak tak sesuai)
  • 1/2 sudu teh garam
  • 2 biji telur (dipukul sedikit) optional
  • 200gm tepung beras
  • daun pandan
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 150gm gula melaka (boleh ditambah jika tak cukup manis)
  • 150gm gula putih
  • 50ml air

Cara-cara

  1. Keledek direbus sehingga empuk. Kupas kulitnya kemudian dilecek. Ketepikan.
  2. Masak gula dan gula melaka bersama air hingga gula larut. Ketepikan.
  3. Pukul telur bersama santan dan masukkan air gula tadi. Tapis dan masak di dalam periuk di atas api sederhana bersama daun pandan dan bunga cengkih hingga nampak berminyak. Keluarkan daun pandan dan masukkan ubi, gaul rata.
  4. Apabila adunan hampir kering, tambahkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil digaul rata supaya lebih kental. kacau selalu supaya tidak hangus.
  5. Kacau sehingga kering dan adunan tidak melekat diperiuk. Sejukkan dahulu sebelum dipotong.









Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (2)

03-02-2010, abdulwahub komen :

kuih tradisonal bagus kerana tiada bahan pengawit,,,teruskan....ada ubi leh wat,,


06-03-2010, jajayusof komen :

rajinnye akak ni bentukkn kuih ni..slalu kt bli kt kedai potg segi4 biase je,.kreatip tul..bley la ambo wt g2 etek kaka ye..


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu




Part of Dua Marhalah Sdn Bhd