Google+

oleh: citarasawan Pulut Bangkok

Abcd0004

Kuih Thai Kelantan Masa 30 minit


Created on : 24-01-2010

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi citarasawan




Bahan-bahan ( 20 biji )

  • Bahan A 500gm beras pulut 300ml air 100ml santan pekat (KARA) Pewarna hijau 1 sudu teh garam 2 helai daun pandan 5 biji pisang nangka atau pisang tanduk
  • Bahan B 1/2 cawan gula pasir sedikit air 1 biji kelapa parut putih 1/4 teh garam 1 helai daun pandan

Cara-cara

  1. Rendam pulut dgn pewarna semalamam.
  2. Toskan dan kukus dengan daun pandan dan santan separuh masak.
  3. Keluarkan pulut dan ambil sedikit dan letak diatas alas plastik atau daun pisang, tekan biar rata dan letakkan pisang ditengahnya. Gulung dengan kemas.
  4. Kukus semula pulut gulung tadi selama 15 minit atau hingga masak. Keluarkan alas plastik Ketepikan.
  5. Sementara itu masak gula dengan sedikit air dan letakkan daun pandan dan sedikit garam.
  6. Apabila air gula mendidih tuangkan keatas kelapa parut dan gaul rata. Biarkan sejuk sedikit.
  7. Ambil pulut yang dikukus tadi, gaul dengan kelapa parut dan potong tiga atau empat bahagian.
  8. Kaedah Kedua : Pulut dikukus hingga masak. Lapik loyang empat segi dengan daun pisang atau plastik. Letak pisang ditengah dan gulung dgn kemas. Bagi kaedah ni pisang hendaklah dikukus dahulu sebelum digulung dengan pulut tadi lupa nak bagitau nanti makan pisang mentah pulak! he he

Tag

kuih-muih

Laporan Masakan Bergambar (3)

Dscf6861
17-04-2011
selalu beli je kuih ni. sekali member bagi pisang nangka, try buat alhamdulillah menjadi. seronoknya... tq kak wan
Laporan oleh: CheqSueCommot
Img_9193a
10-05-2011
kawan kenalkan kuih ni masa g bangkok, x taulak nama pun pulut bangkok!
Laporan oleh: Kak Rosenah
Pulut_bangkok_myr
06-11-2013
Sekian lama peram resipi, tercapai juga akhirnya semalam.. rasa macam pelik kombinasi pisang, pulut dan kelapa parut.. tapi bila dah rasa, memang sedap! Suami pun puji sedap.. terima kasih untuk resipi ni Kak Wan..
Laporan oleh: LynnSham


Komen (6)

24-01-2010, shaliza81 komen :

em lama tak jumpa kuih ni..masa kecik dulu suka sgt gn kuih ni..ader masa bleh try ni..tq pd penyumbang respi..


24-01-2010, aludra komen :

comel.. kaler menarik gitu.. boleh nanti cuba..:)


25-01-2010, ezralovescook komen :

emm...menarik & lain dr yg lain..biasa mkn pulut dia kaler putih N bngkus dgn daun pisang & diikat kuat2..blh cube ni..


26-01-2010, norlieU8 komen :

slain di pisg nangka n tanduk,pisang bentan @ emas sdpke?


26-01-2010, citarasawan komen :

pisang emas pun boleh guna tapi isinya jadi lembik bila dikukus dan tak cantik bila dipotong


12-10-2010, puteri_7007 komen :

wahhh kak wan..ada juga resepi kuih ni..dh lama x makan kuih ni sbb merantau huhu..ada masa boleh try ni :)


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu





Part of Dua Marhalah Sdn Bhd