Google+

oleh: Nenie Siakap 3 Rasa

Siakap_3_rasa

Resipi dari mesra.net...


Created on : 19-01-2010

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi Nenie




Bahan-bahan ( 1 ekor ikan~sehidangan )

  • 1 kg/seekor Ikan siakap
  • Daun Ketumbar
  • Serbuk kunyit secukupnya
  • Garam secukupnya
  • Lada boh secukupnya
  • 8 biji lada besar/merah
  • 1 biji bawang putih (dicincang halus)
  • 4 biji bawang merah (dicincang halus)
  • 2 keratan nenas (dipotong dadu)
  • 3 batang serai (di titik)
  • 1 sb tepung jagung
  • BAHAN SOS (secukupnya)
  • Sos Ikan
  • Sos Tiram
  • Kicap Soya
  • Garam
  • gula

Cara-cara

  1. Satukan garam, serbuk kunyit dan cili boh..Sapukan pada ikan sehingga rata.
  2. Siakap_goreng
    Goreng terendam ikan sehingga garing menggunakan api sederhana.Letakkan di atas pinggan kaca bagi peresapan suhu yang sekata.Jadi aroma ikan akan terserlah.Ketepikan
  3. Panaskan kuali...Tumis bawang putih sehingga wangi dan kekuningan.Masukkan bawang merah.
  4. Setelah aroma bawang timbul, masukkan lada merah, goreng seketika.Kemudian masukkan nenas.Kacau sebati.
  5. Masukkan 2 cawan air..Masak sehingga mendidih.Setelah mendidih, masukkan bahan sos.
  6. Di dalam mangkuk, bancuh tepung jagung dengan air masak (Pastikan air tidak panas bagi mengelakkan bancuhan menjadi berketul-ketul)..
  7. Masukkan (6) ke dalam (5).Kacau semua bahan sehingga sebati dan masak.
  8. Siakap_3_rasa2
    Siram kuah di atas ikan.Hias dengan daun ketumbar mengikut kreativiti masingĀ².Sedia di hidang.

Tag

ikan








Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (8)

19-01-2010, scopio84 komen :

errmmm lama tak mkn hehe.. sedap hehe


19-01-2010, leza28 komen :

nampak sedap sangat .... esk leh cuba....


23-02-2010, shanim2010 komen :

hmmm...lauk kegemaran nih....


21-11-2010, Shazita komen :

sos ikan tu ape ye?


09-12-2010, wan_idah komen :

emmm..nmpk mcm sedap je..nk try la..nyum3 :)


06-01-2011, kucing gebu komen :

nk try wat la...hmmm pasti best


17-01-2011, arenadna82 komen :

siakap 3 rasa dgn sweat sour different kn??


23-11-2011, serabut komen :

ha ha.. lapor je tgk siakap


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu