Google+

oleh: sunmin Daging masak palembang

Palembang

resepi dari ibu. sukatan utk bahan2 masakan buleh cuba cari tuning sendiri sbb dpt resepi tanpa sukatan hehe


Created on : 14-01-2010

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi sunmin




Bahan-bahan ( 400g daging )

  • 400g daging
  • 3 ulas bawang putih | kisar
  • 2 ulas bawang merah | kisar
  • 1 inci halia | kisar
  • 1 ulas bawang besar | potong dadu
  • 3 keping lada kering | kisar
  • 1 batang serai
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar kicap manis
  • gula & garam

Cara-cara

  1. Daging dipotong nipis. Rebus hingga empuk dlm air + halia + bawang putih. Air rebusan disimpan.
  2. Tumis bwg putih, bwg merah & halia hingga naik bau & sedikit kekuningan.
  3. Masukkan lada kering kisar. Tumis hingga naik minyak.
  4. Masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato, kicap manis, gula & garam. Perasakan. Masak hingga naik minyak.
  5. Masukkan daging & air rebusannya.
  6. Masukkan bawang besar & batang serai. Jika mahu lagi pedas, buleh masuk cili api ikut suka hati.

Related Recipes










Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (3)

15-01-2010, Nurul Ainin komen :

Saya sukakan resepi ini.


16-01-2010, Kak Misah komen :

Saya nak cuba resepi ni,nampak menarik kerana ada campur sos tiram dan lain2.Kalau tak menjadi masih boleh dicuba lain kali.Tima kasih ya.


13-02-2010, ameerafatin komen :

mcm sedap... nak cuba esok... hehe....


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu




Part of Dua Marhalah Sdn Bhd