oleh: iesha Bun Buttermilk

Buttermilk

Resipi yang dijumpai di internet. Resipi asal dpt menghasilkan 30-40 bun. Btw, roti ni mmg lembut n gebu.


Created on : 13-01-2010

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi iesha




Share


Bahan-bahan ( 12-18 biji, bergantung pd saiz )

  • Bahan A :
  • +/- 240ml / 1 cwn buttermilk (room temperature)
  • 125g / 1 cwn tepung roti
  • 6g / 1sk yis + sedikit air suam
  • Bahan B :
  • 35g / 1/6 cwn gula
  • 1 biji telur
  • +/- 210g / 1 1/2 cwn tepung roti (selalu sy guna lebih)
  • 35ml / 1/6 cwn minyak masak
  • 2g / 1/3sk baking soda
  • sedikit garam
  • 6g / 1sk bread improver (optional)
  • Bahan untuk membuat Buttermilk (sekiranya tiada) :
  • 1 cwn susu segar
  • 1sb cuka / jus lemon

Cara-cara

  1. Buttermilk (sekiranya tiada) : Campurkan susu dan cuka / jus lemon. Biarkan selama 5-10 minit.
  2. A : Campurkan yis dan air suam dan biarkan selama beberapa minit sehingga berbuih. Masukkan tepung roti, yis dan buttermilk ke dalam mangkuk adunan. Kacau rata dan penaikkan 2 kali ganda, lebih kurang 2 jam.
  3. Selepas naik, campurkan semua bahan B (gula, telur, tepung roti, minyak, baking soda, garam, bread improver) ke dalam adunan A.
  4. Gaul dan uli selama 7-10 minit.
  5. Bulatkan doh tersebut, letakkan atas dulang pembakar dan penaikkan 2 kali ganda, 1 - 1 1/2 jam.
  6. Bakar pd suhu 180C selama 10-15 minit.
  7. Nota tambahan : Sy selalu guna cwn utk sukat, jd tak pasti dlm gram tu betul ke x. Sy rujuk internet utk conversion tu semua.


Laporan Masakan Bergambar (3)

Dsc00554
24-01-2010

Laporan oleh: iesha

ni yang sy baru buat hari ini, menggunakan buttermilk. dpt dlm 15biji.

Buttermilk
08-03-2011
memang gebu dan lembut bun yg dibuat dgn mengunakan buttermilk ini texturenya gebu...
Laporan oleh: sixsixtwo
P9236847
14-11-2011
dah buat, susah nak uli, adunan melekat dekat tangan dengan melampau, tapi hasilnya sgt lembut dah gebus.. separuh di tabur cinamon powder..
Laporan oleh: AMir MUs

Komen (11)

13-01-2010, kunonit komen :

iesha...sya suka klau wat kuih guna sukatan cwn.senang cket.telur 2 saiz ape...lg 1 kacau rata xyah guna mixer ke..yis 2 yg brbiji2 kecik yer..sorry ye byk soklan lak...nk wat nie


14-01-2010, Intan88 komen :

bread improver tu ada nama lain tak? kalo takde bread improver bole ganti dgn benda lain tak?


15-01-2010, iesha komen :

kunonit : telur tu any size pun blh, gred B ok jgk. erm, xyah guna mixer, gne wooden spoon atau sudu je, asalkan sebati. and yes, yis tu yg berbiji2. :)


15-01-2010, iesha komen :

intan88 : sy tak pasti blh ganti dgn apa. tp klu xde, xyah letak pun xpe.


15-01-2010, kunonit komen :

ooo..ok iesha tq...sya mmg guna telur gred B....n....yis tu ader kt umah...nak buat yeyeh..yeyeh..


16-01-2010, iesha komen :

kunonit : selamat mencuba! :)


18-01-2010, ummu hannani komen :

salam, nak tanya ieasa boleh buat doh ni dengan bread maker atau mixer ke?


18-01-2010, iesha komen :

ummu hannani : kalau gne mixer, blh. especially utk menguli tu. tp kalau breadmaker sy tak pasti sbb sy tak ada breadmaker. sorry sbb tak dpt membantu.


20-01-2010, nazatie komen :

atie sllu buat roti tp x pernah menjadi pun sampai hby tya nie roti ke batu...uli pakai tgn je. Bantu lah sye..


20-01-2010, nOOrsha komen :

nazatie.....saye tulung jawab yer... sian nazatie... dulu masa takde breadmaker, saye pun uli pakai tangan jugak... cume kalo uli pakai tangan ni kena sabar sket, memang letih....yis yg dah lame adalah salah satu sebab kenapa roti jadi keras lepas dibakar.... masa menguli tu, tumbuk2 doh n teruskan menguli sampai dapat doh yg licin.... nak tau doh kite tu sedang elok diperap atau tak, masa menguli tu cube tarik2 sket adunan, kalo adunan tu meregang tanpa koyak, maknenya da boleh stop menguli n boleh perap.... inilah tips yg saya slalu gune time nak buat roti masa xde BM dulu.... insyaallah, kalau cuba praktik tips ni, roti nazatie x keras lagi.. :)


21-01-2010, iesha komen :

thanks nOOrsha sbb tlg jwb. sy pun uli guna tgn. alhamdulillah menjadi. tp kena uli lama sikitlah. :)


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu