Your MyResipi.com has been updated. To get started with new version of MyResipi.com, Reset Your Account Password using Forget Password
If you face any problem, please contact us at support@myresipi.com

Resepi Pau

 Submitted Bymat_gebu On 09 February, 2007
Category: 
Cuisine: 
Preparation time: 
Servings: 
0 Persons
Description

Putih, gebu dan lembut sepanjang hari

Ingredients
  • <b>UNTUK DOH:-</b>
  • 240 g tepung "Hong Kong", guna tepung pau pun ok
  • 1 camca teh "Double Acting" Baking Powder + 1/2 camca teh garam
  • 1 camca teh yis
  • 25 g lemak sayur (shortening)
  • 100 ml air suam*
  • 30 g gula halus*
  • 1/2 camca teh cuka*(*disatukan dan kacau hingga gula larut)
  • <b>UNTUK INTI:-</b>
  • 2 biji kentang, kupas dan potong dadu kecil2
  • 1 biji bawang besar, dicincang halus
  • 2 ulas bawang putih, dicincang halus
  • 2 camca besar serbuk kari ikan
  • 1 tin ikan tuna, hancurkan
  • 1 cawan susu segar
  • 1/2 camca teh minyak bijan (kalau suka)
  • Garam, gula dan air secukupnya
  • 1 tangkai daun kari, dihiris halus
  • 1 tangkai daun sup, dihiris halus
Instructions
  1. Dalam satu bekas, masukkan tepung Hong Kong, double acting baking powder + garam, yis dan lemak sayur. Gaul ramas hingga adunan berupa serbuk roti. Masukkan air yg bercampur dgn cuka dan gula. Adun hingga menjadi doh yg lembut dan elastik (kurang lebih 15 minit, jika guna tangan dan 10 minit jika menggunakan mesin). Perap doh selama 45 minit.

  2. <b>UNTUK INTI:- </b>Panaskan minyak masak + minyak bijan dalam kuali dan tumis bawang putih, bawang besar dan daun kari hingga wangi. Masukkan serbuk kari dan sedikit air. Masukkan kentang yg tlh didadu dan juga ikan tuna. Tuang susu dan masukkan garam dan gula secukup rasa, masak dgn api perlahan hingga kentang empuk dan inti kering. Masukkan cincangan daun sup, gaul rata, matikan api dan sejukkan.

    World_Of_Bread_008.jpg
  3. Keluarkan doh dan tumbuk utk membuang angin. Bahagi kepala 10 bahagian, bulat2kan. Ambil sebiji doh dan leperkan diatas tapak tgn, sudukan inti yg tlh sejuk tadi dan cantum doh sehingga menutupi inti. Bulat2kan doh tadi dan letak diatas sekeping kertas (2inci x 2 inci) yg tlh disapu dgn lemak sayur.

    World_Of_Bread_009.jpg
  4. Buat hingga habis dan susun dalam kukusan. Perap pau kurang lebih 20 minit.

    World_Of_Bread_011.jpg
  5. Kukus pau tadi diatas air mendidih selama 15 minit. Angkat dan sejukkan.

    World_Of_Bread_010.jpg
  6. Untuk doh tadi boleh juga menggunakan bread maker, melalui setting utk doh. Masukkan kesemua bhn dan tekan setting utk doh dan tunggu hingga siap.

Tags 
Who has tried this? See their cooking reportSee All
PauPau By zatty
Related RecipesSee All
Recipes You May LikeSee All