Semua gambar dan juga resepi yang disumbangkan di myresipi.com adalah hakmilik tuan punya asal dan juga
myresipi.com.
Dilarang mengeluar ulang atau menggunakan mana-mana kandungan laman ini dalam apa jua bentuk dan apa
jua cara sama ada
elektronik, cetak, mekanik, fotokopi, rakaman atau pengstoran maklumat termasuk sistem dapat kembali tanpa
kebenaran dari tuan punya asal ataupun myresipi.com.
cam biasa...out of idea nak masak..tengok apa yang ada...kentang banyak lagi...dlm fridge pulak ade bebola sotong..gabung jer la...dan inilah hasilnya..cam sambal kentang cuma tambah bebola sotong dgn cili hijau..
Kupas kulit kentang, hiris memanjang bentuk wedges tapi nipis. rendam sekejap.
Cuci sedikit ikan bilis dan toskan.
Hiris bulat2 dan nipis bawang besar dan cili hijau.
Tumbuk atau kisar bawang merah dan bawang putih.
Panaskan minyak lebih kurang 2 cawan. Gorengkan kentang sampai habis dan ketepikan.
Goreng kan bebola sotong sampai sedikit kembang.
Kalau minyak masih banyak keluarkan dan tinggalkan untuk lebih kurang dalam 4-5 sudu besar dan gorengkan ikan bilis sehingga garing. angkat ketepikan.
Minyak baki goreng ikan bilis tadi guna terus untuk menumis bawang merah dan bawang putih yang telah dikisar hingga garing dan naik bau..
Masukkan cili kisar tumis lagi hingga garing dan masukkan bawang besar serta cili hijau yang telah di hiris nipis. Kacau bagi rata dan masukkan setengah cawan air. Biarkan kering sedikit tapi selalu kacau supaya tak lekat.
Akhir sekali masukkan semua bahan yang telah digoreng dan gaul semuanya hingga rata masukkan garam secukup rasa gaul lagi hingga sebati...
Biarkan sebentar, taburkan sedikit gula dan kacau lagi.
Siap masak hidangkan ...sedap makan dgn nasi panas atau roti..