Your MyResipi.com has been updated. To get started with new version of MyResipi.com, Reset Your Account Password using Forget Password
If you face any problem, please contact us at support@myresipi.com

Resepi Tomyam Asli Thai

 Submitted By On 06 January, 2010
Category: 
Cuisine: 
Preparation time: 
Servings: 
0 Persons
Description

Cukup rasa.. Tak perlu beli perencah kt kedai.. boleh buat sendiri.. jimat.. sedap!!

Ingredients
  • ***PERENCAH TOMYAM***
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 biji cili merah
  • 5 biji cili kering
  • 1 inci lengkuas
  • 2 batang serai
  • 1 sudu udang kering
  • 3 helai daun limau purut
  • 1 inci belacan (dibakar)
  • air asam jawa, gula & garam
  • ***SUP TOMYAM***
  • 1/4 ekor ayam
  • 5 ekor udang
  • 2 ekor sotong
  • 1 biji bawang besar (potong enam)
  • 5 ulas bawang putih (diketuk)
  • 1 inci lengkuas (diketuk)
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 1/2 batang lobak merah, bunga kobis dan sebagainya
  • 5 helai daun limau purut
  • 1 biji tomato (potong empat)
  • 1 sudu besar perencah tomyam buatan sendiri
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 2 biji limau nipis
  • 3 sudu susu cair / susu sejat
  • cili padi
  • garam
  • daun ketumbar
Instructions
  1. Mula-mula sediakan perencah tomyam. Kisar kesemua bahan kecuali air asam jawa, garam dan gula bersama sedikit air. Kemudian panaskan sedikit minyak. Tumis bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga menjadi pes. Sejukkan dan simpan di dalam peti sejuk. Perencah boleh disimpan. Kalau nk guna boleh ambik..

  2. Untuk tomyam, rebus ayam beberapa minit bersama air. Masukkan bawang besar, bawang putih, daun limau purut, serai, cili padi dan lengkuas. Kemudian masukkan sotong, udang, sayur-sayuran seperti lobak merah, bunga kobis, tomato dan sebagainya.

  3. Masukkan pes tomyam, sos ikan, perahan limau nipis dan sedikit garam.

  4. Padamkan api. Masukkan susu cair dan daun ketumbar.

  5. Tomyam sedia dihidang.

Tags 
Who has tried this? See their cooking reportSee All
Related RecipesSee All
Recipes You May LikeSee All