Semua gambar dan juga resepi yang disumbangkan di myresipi.com adalah hakmilik tuan punya asal dan juga
myresipi.com.
Dilarang mengeluar ulang atau menggunakan mana-mana kandungan laman ini dalam apa jua bentuk dan apa
jua cara sama ada
elektronik, cetak, mekanik, fotokopi, rakaman atau pengstoran maklumat termasuk sistem dapat kembali tanpa
kebenaran dari tuan punya asal ataupun myresipi.com.
balik dari last min shopping for mya school stuff td, balik agak lewat so..nasi dah siap masak sblm kuar tadi..nak cpt nasi goreng ler jwbnya dgn bahan2 yg ade dlm fridge...
Hiris-hiriskan isi ayam, belah-belah bebola sotong dan masukkan ke dalam mangkuk.
Masukkan kicap manis, sos tiram,serbuk kari, lada hitam dan perencah nasi goreng berserta perahan sebiji limau kasturi tanpa biji.
Gaulkan semuanya hingga sebati dan perapkan untuk seketika....
Kacang panjang di potong kecil dan lobak merah pula buang kulit dan didadu. Rendam lima minit dlm air dan toskan.
Tumbuk atau kisar bawang merah dan bawang putih.
Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan yang telah dikisar tadi sehingga naik bau dan agak kekuningan.
Masukkan ayam yang diperap tadi dan kacau hingga rata dan biarkan sebentar. (5 minit)
Masukkan kacang panjang dan lobak merah. Tutup dan biarkan 5 minit.
Buka penutup dan kacau lagi ...Masukkan nasi dan gaul semuanya sehingga sebati. biarkan untuk 5 minit lagi.
Kacau lagi nasi goreng tadi hingga betul-betul sebati, tiada nasi yang berketul..dan bila angkat sikit atas sudip nampak berasap..mak saya pesan cukup masak lah tu...