Your MyResipi.com has been updated. To get started with new version of MyResipi.com, Reset Your Account Password using Forget Password
If you face any problem, please contact us at support@myresipi.com

Resepi Puteri Dua Sebilik @ Tepung Bungkus

 Submitted By On 03 January, 2010
Category: 
Cuisine: 
Preparation time: 
Servings: 
0 Persons
Description

resipi mak... sedappp, saya suke rasanya sebab tak cepat muak bila dimakan walopun rasanya lemak2 manis..... :)

Ingredients
  • 1/2 biji kelapa parut
  • 1 cawan gula melaka yang telah dipotong kecil2
  • 3/4 cawan air
  • 1sb tepung gandum + sedikit air = larutkan
  • secubit garam
  • <B>Bahan-Bahan B (Untuk "2 Orang Puteri")<B></B></B>
  • 1 cawan tepung pulut
  • 1/2 cawan air
  • secubit garam
  • 2 pewarna kegemaran (saye pakai pink & hijau)
  • <B>Bahan-Bahan C (Untuk 'Bilik Puteri')<B></B></B>
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 cawan santan pekat
  • 4 cawan air
  • 1 sk garam
  • Daun pisang secukupnya - dilayurkan terlebih dahulu.
Instructions
  1. <B>Untuk Inti Kelapa</B>

  2. dengan api sederhana, masukkan satu cawan gula melaka yg telah dipotong2 kecil bersama air kedalam kuali. biarkan gula tersebut larut dan masukkan kelapa parut. kacau selalu.

  3. bila inti tadi hampir likat, masukkan tepung gandum yang telah dilarutkan dengan sedikit air dan kacau lagi hingga pekat. sejukkan.

  4. bila inti kelapa sudah suam2 kuku, celupkan jari kedalam minyak dan bulat2kan inti tersebut besar sedikit dari saiz guli sebanyak 34 biji. ketepikan.

  5. <B>untuk Bahan-Bahan B @ '2 Orang Puteri'</B>

  6. campurkan tepung pulut dan garam kedalam mangkuk. tuang air sedikit2 dan uli hingga menjadi doh. jika doh terlalu kering, tambahkan sedikit air lagi & jika doh terlalu lembik, masukkan sedikit tepung.

  7. Bahagi doh tepung pulut tersebut kepada 2 saiz yang sama besar. titiskan pewarna pilihan untuk setiap satunya. saya gunakan warna pink dan hijau.

  8. Bulat-bulatkan doh yang telah diwarnakan tadi setiap satunya kepada bulatan kecil sebanyak 17 biji. (17 biji pink, 17 biji hijau)

  9. ambil satu doh yang dibulatkan tadi, leperkan dan masukkan sebiji inti kelapa, tutup rapat2. buat sehingga habis.

    step4.jpg
  10. <B>Untuk Bahan-Bahan C @ 'Bilik Puteri'</B>

  11. masukkan tepung beras, santan pekat, air dan garam kedalam periuk. dengan api kecil , kacau adunan tersebut sehingga likat.

    step5.jpg
  12. ambil sehelai daun pisang yang telah dilayurkan terlebih dahulu, letakkan 2 sudu makan adunan tepung beras ditengah2 daun pisang, kemudian letakkan 2 biji bebola tepung pulut yang berlainan warna tadi diatas adunan tepung beras.

    step2.jpg
  13. lipat daun pisang sebagaimana melipat kuih lepat. Hati2, sebab adunan tepung beras tadi masih panas, takut melecur tangan...

    step6.jpg
  14. ulangi proses 14 & 15 hingga selesai kesemuanya.

    step1.jpg
  15. kukus sebentar selama 15 minit, biarkan suam seketika kemudian sejukkan dalam peti ais.

  16. sesuai dibuat pencuci mulut atau minum petang.... Selamat Mencuba!~ q;-)

  17. Memandangkan saya tak dapat upload gambar cara2 membuat kuih ni (dah cube tapi x taw npe x leh upload), kawan2 boleh pergi ke <B>http://noorsha.blogspot.com</B> untuk dapatkan gambaran penyediaan dgn lebih jelas...tq.. :)

Tags 
Related RecipesSee All
Recipes You May LikeSee All
Comments