oleh: junjs11 Roti Pisang

Picture_697

namanya roti tp spt gabungan kek dan roti..senang buat, boleh dimakan masa minum pagi atau petang..


Created on : 07-02-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi junjs11




Share


Bahan-bahan ( 1 family... )

  • 4 biji pisang (kalu pisang emas dalam 8biji)-dilenyek dahulu, guna garfu
  • 1 cawan gula
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 1/4 sudu teh baking powder
  • 2 biji telur
  • 1/4 cawan butter-pada suhu bilik
  • 2 cawan tepung roti
  • 1/4 sudu teh soda bikarbonat
  • segenggam kacang yg pilihan spt walnut yg ditumbuk kasar atau kismis (optional)

Cara-cara

  1. Campurkan semua bahan kecuali kacang dan kacau hingga rata dan sebati. Boleh guna senduk atau mixer. Kemudian masukkan kacang atau kismis dan gaul rata.
  2. Masukkan kedalam loaf pan atau loyang yg digris. Bakar selama 1 jam.

Tag

roti pisang


Laporan Masakan Bergambar (2)

Kek_pisang1
03-07-2008
Ok I dah cuba...tpi tak letak kacang or walnut , cuma letak kismis...Enak banget
Laporan oleh: nanne_irezyanne
Imag1581
09-04-2011
memang terasa mcm mkn kek n roti sedappp
Laporan oleh: rosaliza

Komen (15)

07-02-2007, putrii komen :

maaf... tepung roti tuu camane yer?... ade nama lain ke?... almaklumlah.... putrii nie baru jer pandai masuk dapur...


07-02-2007, nrul_zul komen :

pisang tu tak perlu nak hancurkan ke... cara2 nak wat roti ni tak de cara yang penuh ker.... tlg bg cara2 wat yang penuh n step by step.....


07-02-2007, irish komen :

bakar dalam oven ker atas api...?


07-02-2007, Mat Gebu komen :

Tepung roti juga dikenali sebagai "High Protein Flour", selalunya di kedai menjual bhn2 kek memang ada terjual bukan tepung roti saja tetapi pelbagai jenis tepung yg kita jarang dengar..


07-02-2007, miza komen :

yelah jun manelah tahu kot2 ada bhn perlu letak dulu dan ada bhn perlu ltk kmudian.jun tlglah xplen lbh details tak sabar nak cuba ni


08-02-2007, junjs11 komen :

betui la mat ckp, tepung roti tu tpg high protein..selain kedai jual brg kek, kat carrefour n giant ada gak..brand nona kalu x silap. cara dia mmg senang, jun dah edit sket tp mmg campur j sume2. bakar dia dlm oven.


08-02-2007, junjs11 komen :

oh ya..satu lg, kalu x d tpg roti, tpg biasa pun leh wat gak cuma texture dia halus sket mcm kek la..rasa lebih kurang sama je.


08-02-2007, admin komen :

jun kalau ada gambar tepung roti brand lain selain yg dah ada kat glossary tu bolehlah letak kat sana.. tq


08-02-2007, Lilydvalley komen :

Jun... brand "wau" pun ada high protien flour. I baru aje abiskan tepung " wau" ni. kalo x, leh gak ambik gambar and letak kat glosari.


08-02-2007, miza komen :

TQ jun, miza mesti cuba rcp ni kalu bg kat mak metua sure dia mtk rcp punya..very simple ler


08-02-2007, junjs11 komen :

oh ya..betul la lilydvalley, brand 'wau' pun ader...senang nak cr tepung roti la ni..dulu2 kat kedai brg2 kek j..


08-02-2007, putrii komen :

oo ok... makasih ya... bleh lar try buat... :)


26-02-2008, rosmawati komen :

Bakar selama satu jam tapi suhunya berapa? Kalau masak terus dlm breadmaker jadi ke roti pisang ni?


21-07-2008, amzack18 komen :

dah try buat..tak naik..tapi rasanya sedap.. tak tau kat mana silapnya.


27-11-2010, mely komen :

wah ini resepi lain dr yg lain,sy mesti ambil resepi ni,ada senang tetap jadi lagi nanti kek roti pisang no 2,hehehe.


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu