Your MyResipi.com has been updated. To get started with new version of MyResipi.com, Reset Your Account Password using Forget Password
If you face any problem, please contact us at support@myresipi.com
Sotong Sumbat

Resepi Sotong Sumbat

 Submitted By On 30 December, 2009
Category: 
Cuisine: 
Preparation time: 
Servings: 
0 Persons
Description

resepi daripada mak

Ingredients
  • 10 ekor sotong besar -dibersihkan
  • 2 cawan pulut -dibasuh bersih dan ditapis
  • santan - 1biji kelapa
  • garam secukup rasa
  • lidi untuk mencucuk
  • BAHAN SAMBAL
  • 15-20 Tangkai cili kering -direbus dan dikisar
  • 2-3 labu bawang besar -dikisar
  • 2 ulas bawang putih -dikisar
  • 3 sb sos tiram
  • 5 sb sos cili
  • 4 sb sos tomato
  • sedikit gula
  • garam secukup rasa
  • 3 sb minyak
Instructions
  1. ambil sotong dan diisikan dengan pulut. jgn isi penuh hanya suku saja

  2. masukkan pulut pada semua sotong. setelah siap, masukkan kepala sotong ke dlm badannya semula dan dicucuk dengan lidi supaya tidak tercabut.

  3. masukkan santan di dalam periuk dan ditambah sedikit garam. masukkan sotong ke dalam santan..

  4. masakkan sehingga pulut kembang di dalam sotong. Setelah masak, asingkan ke dalam pinggan

  5. panaskan minyak, setelah panas masukkan bawang besar, bawang putih dan tumis sehingga garing dan naik bau

  6. setelah garing, masukkan cili kering dan masak sehingga betul2 masak

  7. kemudian masukkan sos tiram, sos tomato dan sos cili kedalam kuali. masukkan juga garam dan gula secukup rasa

  8. setelah masak, masukkan sotong dan digaul sekejap. tutup api dan angkat sotong kedalam pinggan. sedia di hidang

Tags 
Who has tried this? See their cooking reportSee All
Related RecipesSee All
Recipes You May LikeSee All
Comments