oleh: Nenie Daging Bersos Pedas

Daging_sos_pedas_thai_2

Makan ngan nasi putih panas² sedap ni...Ngan nasi minyak pun sedappppp Penggunaan variasi cili boleh dikurangkan/skip/adjust mana yang patut jika tak mau terlalu pedas...


Created on : 30-12-2009

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi Nenie




Share


Bahan-bahan ( Sehidangan )

  • 500 gm daging batang pinang
  • 1/2 biji ladabenggala merah
  • 1/2 biji lada benggala hijau
  • 1 batang lobak merah
  • 4 helai daun lima purut
  • 1 biji tomato (potong baji)
  • 100 ml santan pekat
  • 1 tangkai daun ketumbar (optional)
  • ***BAHAN PERISA***
  • 2 sb sos ikan
  • 1 s.teh gula melaka
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1/2 s.teh serbuk perasa (optional)
  • ***PES REMPAH***
  • 1 s.teh rata serbk ketumbar
  • 1 s.teh rata jintan putih/halus
  • 1/2 s.teh lada putih serbuk
  • 2 s.teh penuh cili serbuk
  • 1 s.teh lengkuas serbuk
  • (**Kesemua bahan pes diatas dimasukkan ke dalam mangkuk dan dicampur sedikit air utk membentuk pes)
  • ***BAHAN TUMISAN***
  • 5 biji buah keras
  • 2 batang serai
  • 5 biji bawang merah
  • 4 tangkai cili hijau
  • 3 tangkai cili merah
  • 3 tangkai cili padi merah
  • 3 tangkai cili padi hijau
  • 1 s.teh belacan
  • ***PEMERAP***
  • 1 sb minyak masak
  • 1 s.teh gula
  • 1 s.teh sos ikan

Cara-cara

  1. Kesemua bahan tumisan di blend sehingga membentuk pes...Kemuadian satukan bahan-bahan tumisan dan pes rempah.ketepikan.
  2. Gaul daging dengan bahan pemerap dan dicampur dgn 2 s.besar daripada (1).Gaul sebati dan ketepikan.
  3. Panaskan kuali, goreng lada benggala dengan 1 s.besar minyak masak selama 1/2 min.Angkat.Renjiskan sedikit air.Ketepikan.
  4. Tambah lagi 1 s.besar minyak masak dan goreng lobak merah.Angkat.Ketepikan.
  5. Panaskan kuali yang sama sehingga panas sekali.Tambah 1 s.teh minyak masak dan separuh daging.Ratakan dan meliputi dasar kuali.Balikkan sekali dan masak selama 1/2min. sahaja.Ketepikan.Ulang untuk baki daging.Ketepikan.
  6. Bersihkan kuali, panaskan 4 s.besar minyak masak dan masukkan daun limau purut, tomato dan baki (1).Tumis lebih kurang 5 min.
  7. Tuang 1/4 santan, kecilkan api dan tumis sehinga pecah minyak.
  8. Masukkan daging, Kacau sehingga sebati rempah dengan daging.Tutup kuali, renih sehingga daging empuk.Tambah sedikit air panas jika perlu (sekadar utk empukkan daging).
  9. Masukkan baki santan dan bahan perasa.Masak sehingga wangi dan kuah menjadi pekat.
  10. Masukkan (3) dan (4).Kacau goreng lebih kurang 1/2 min.Masukkan daun ketumbar jika suka.
  11. Besarkan api dan kacau goreng seketika sehingga semua bahan sebati.Tutup api..Sedia di hidang...

Tag

daging


Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (0)

Untuk komen, perlu login terlebih dahulu