Semua gambar dan juga resepi yang disumbangkan di myresipi.com adalah hakmilik tuan punya asal dan juga
myresipi.com.
Dilarang mengeluar ulang atau menggunakan mana-mana kandungan laman ini dalam apa jua bentuk dan apa
jua cara sama ada
elektronik, cetak, mekanik, fotokopi, rakaman atau pengstoran maklumat termasuk sistem dapat kembali tanpa
kebenaran dari tuan punya asal ataupun myresipi.com.
200 g gula ( pandai2 la tambah atau kurangkan mengikut citarasa..)
dan sedikit garam.
Bahan untuk guli-guli:
250 g tepung pulut
inti kacang (kacang tanah goreng yang dikisar dengan gula)
*kalau nak guna inti lain pun boleh...
pewarna merah dan hijau
sedikit garam dan air untuk menguli.
air untuk merebus.
Cara-cara
Gandum direndam semalaman.
Uli tepung pulut bersama sedikit air dan garam sehingga tidak lekat di tangan.
Bahagi 2 doh. Satu jadikan warna hijau dan satu lagi jadikan warna merah.
Gandum yang telah direndam semalaman dibilas dan di toskan airnya. Rebus gamdum bersama 2 liter air jangan lupa simpul dan masukkan daun pandan. Rebus gandum sehingga kembang, biji2 gandum nampak pecah2. (Ambil masa yang agak lama..)
Sementara menunggu gandum kembang, sediakan guli-guli. jerangkan periuk dengan 2 liter air.
Gentel atau bulat-bulatkan tepung yang dibahagikan kepada 2 warna tadi, masukkan inti dan jadikan guli.
Setelah air yang dijerang mendidih masukkan guli-guli tadi dan rebus sehingga masak. (macam buat onde-onde bila dah timbul masak la tu...) bila dah masak angkat toskan dan letak dalam mangkuk.
Bila gandum yang direbus tadi dah kembang, masukkan gula. Biarkan mendidih baru masukkan santan. biarkan mendidih sekali lagi.
Last sekali masukkan guli-guli tadi..kacau supaya guli-guli tidak melekat antara satu sama lain..bila dah masak...hidangkan...