Google+

oleh: goldenmanja Tumis Lokan

Ww_1350

awal cuti sekolah hari tu gi ke pantai remis..dan sempat beli siput2 untuk di bawa pulang..antaranya lokan ni lah isi cam kerang tapi beasr!..first time masak dan makan lokan tau.... so mak saya ajar masak camni...


Created on : 28-12-2009

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi goldenmanja




Bahan-bahan ( 5 orang )

  • 2 kg lokan (tak byk sgt pun..sbb saiz besar2)
  • 3 biji bawang merah
  • 2 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • 1 biji tomato (dibelah-belah kecil )
  • 1 biji cili hijau, 1 biji cili merah dan sedikit halia (dihiris)
  • Garam secukup rasa.
  • sedikit minyak untuk menumis dan secawan air.
  • 1-2 sudu besar cili kisar ( nak letak boleh taknak pun takpe, saya letak sesudu jgn tidak he he..)

Cara-cara

  1. Kisarkan bawang merah, bawang putih dan halia.
  2. Ww_1330
    Tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar tadi sehingga naik bau dan kekuningan. Masukkan cili kisar dan tumis lagi hingga garing. masa ni boleh masukkan garam secukup rasa.
  3. Ww_1340
    Bila dah garing masukkan secawan air diikuti dgn bahan-bahan yang dihiris. Biar mendidih.
  4. Ww_1260
    Masukkan lokan yang telah di cuci bersih dan tutup sebentar. Rupa lokan tu cam gambar kat bawah ni...
  5. Ww_1360
    Selepas lebih kurang 3 minit buka tudung dan boleh lihat kulit lokan dan terbuka..dah masak la tu..kacau sekejap bagi bahan2 lain mesra dgn lokan tu...
  6. Bila dah masak boleh lah dihidangkan panas...selamat mencuba.
  7. Klik untuk isi cara-cara di sini
  8. Klik untuk isi cara-cara di sini

Tag

lokan

Laporan Masakan Bergambar (0)



Komen (11)

29-12-2009, Yuzz77 komen :

sedap ker buat sate tu? biasa nyer org buat rendang.makan ngan nasi impit pun sedap.husband saya org trong tepen. selalu la kitaorg beli lokan nih. tp yg dah siap di kopek isi nyer. fresh..xyah susah2 nk kopek.paling best goreng tumis ngan kunyit, potong bawang, dan hiris cili hijau sket. mmg pebret my hubby nih..


30-12-2009, kakngahcun komen :

Sedap sedap sedap... My family favourite seafood. Teringat my father cerita pengalaman cari lokan dlm pokok bakau masa kecik2 dulu.. Saya pulak suka lokan masak berempah. Goldenmanja masak lokan ngan kulit sekali tak de pasir ke?


30-12-2009, goldenmanja komen :

kakngahcun...nih first time saya masak..so part kuah memang takleh makan sbb ade pasir..but isi..alhamdulillah ok..takde pulak..kulit luar tu definately dah basuh.. next time nak cuba yang resepi berempah la..kakngahcun ajarkan eh..


02-01-2010, Safiza komen :

Lokan sedapnya.selalu masak goreng kunyit mcm biasa tu je.dulu kawan ada masak gulai lokan bersama betik muda,sedap rasanya. kakak pula balik kampung kalau jumpa lokan,mesti masak rendang.cara masakan manjagolden belum pernah cuba,lagi pun lokan selalunya beli dah siap buang kulit


02-01-2010, goldenmanja komen :

salam tahun baru..thanks for viewing and comments. safiza:nanti saya pun nak cuba goreng kunyit. sadiq: boleh bagi resepi camana nak buat sate lokan? saya tak pernah makan dan tak pernah tengok. mesti sedap kan..


02-01-2010, keli komen :

golden manja, sebut lokan ni, saya teringat masa kecik2 dulu. abah saya selalu cari lokan kat bakau. saya pulak suka dok main air paya. bukan senagn nak cari lokan, silap haribulan jumpa pak belang dgn tebuan. pernah beberapa kali abah saya kena kejar dek tebuan. tapi x pernah serik pun kerana kami belajar utk menikmati setiap rezeki yg Allah beri.


02-01-2010, keli komen :

sampai ke saat ini, kenangan tu x pernah lupa. Ada beza antara lokan yg dah siap kopek dgn belum. lokan yg kita masak bersama dgn kulit lebih manis sikit isinya. Biasanya kalau keluarga saya masak lokan ada dua resepi. pertama rebus bersama serai, bawang besar dan halia. mcm rebus kerang. dan bila x habis tu, my mum akan buat sambal kering lokan. sama je mcm msk sambal kerang..


02-01-2010, keli komen :

tapi bagi org yg x biasa mkn lokan ni, mungkin akan pening sikit kerana sesetengah lokan tu ada racunnya. tapi xdelah sampai bawa maut. paling2 pun pening2 lalat je.


02-01-2010, goldenmanja komen :

begitu ceritanya cik keli... sejak pertama kali rasa lokan nih saya dgn family rasa nak makan lagi..somungkin ade kelapangan kami akan ke kuala selangor lagi. tempat lain tak tau pulak ade ke tidak...kalau boleh ajar2kanlah resepi sate tu kat saya..


03-01-2010, sadiq segaraga komen :

saya makan kat kawasan plentong johor,,cerita benar ni,,saya sedap..


11-12-2010, zahar yahaya komen :

assalamualaikum.... nak tanya macam mana nak berkenalan ngan orang yang beri komen kat sini.. 29.12.2009 ada komen dari yuzz77.husband dia orang trong,saya pun oran trong gak.... mana tau,kot2 kenai ker...


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu





Part of Dua Marhalah Sdn Bhd