oleh: V rie's Kek Lapis Nirwana

16082009610

malas nak wat kek lapis serawak.."V" main tuang2 je pakai sudu...jadik jgak kek lapis...walaupun x cantik mana...hehehehehe...


Created on : 27-12-2009

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi V rie's




Share


Bahan-bahan ( ramai leh makan kalu ptg kecik2 )

  • Bahan A
  • 250 gm mentega 200 gm majerin 100 gm sekaya 5 sudu makan susu pekat manis
  • Bahan B
  • 250 gm tepung hong kong 100 gm serbuk holick 220 gm gula kastor 15 biji kuning telur 6 biji putih telur 30 gm ovalette
  • Pewarna kuning, hijau epal dan merah jambu

Cara-cara

  1. Satukan bahan A dan pukul hingga kembang dab berkrim. Ketepikan
  2. Bahan B,dalam bekas lain, pukul kuning telur, putih telur, gula kastor dan ovelette hingga pekat dan gebu. Guna kelajuan tinggi selama 10 minit
  3. Perlahankan kelajuan dan masukkan tepung hong kong dan holick. Pukul sekejap hingga adunan sebati.
  4. Masukkan adunan mentega ke dalam adunan tepung tadi. Gaul denggan senduk hingga bercampur rata
  5. Bahagikan adunan kepada 4. Setiap bahagian dibubuh pewarna kuning, hijau, merah jambu dan warna asal.
  6. Sediakan loyang yang telah di sapu dengan sedikit mentega dan di alas kertas minyak..panaskan dahulu sekejap..
  7. Kemudian masukkan sesenduk warna asal di dasar loyang untuk lapisan pertama..gunakan api atas dan bawah...bakar selama 10 minit.
  8. Dengan menggunakan api atas sahaja..bakar untuk lapisan kedua dan ketiga untuk warna asal.
  9. Untuk lapisan ke 4 V letak 2 sudu warna merah jambu, kuning dan hijau di tempat berasingan..dan bakar lg..
  10. Buat hingga habis...ketiga2 warna tersebut.
  11. Untuk 3 lapisan terakhir V guna warna asal...hingga habis kesemua...fuh jenuh buat ni
  12. Dan terakhir setelah siap...kek di bakar dalam 10 minit lg dengan menggunakan api atas n bawah..kalu takut hangus bleh bungkus kek ngan aluminium foil atau rendahkan sedikit suhu...
  13. Selamat mencuba.....

Tag

kek


Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (9)

27-12-2009, ramlee komen :

malas ialah musuh utama seorang ushawanis,,


27-12-2009, V rie's komen :

kan bagus kalu dalam keadaan malas masih bleh dapat keuntungan...


27-12-2009, ramlee komen :

untung dari segi lain kot,,,hehe


27-12-2009, kaksu84 komen :

kalu xade tepung hong kong bleh pakai tepung gandum


27-12-2009, kaksu84 komen :

v kena guna api atas smpai abis lapisan ke....best nye kek kalu beli mahal tu....saya uat nk nak cr ovelette jee lps tu dh bleh uat pakai tepung gndum bleh erk


28-12-2009, V rie's komen :

*Biasenya kalu wat kek lapis mesti guna tepung hongkong..kalu x ada pun boleh juga pkai tepung gandum..V pun penah guna jgak...beza rasa x ketara mana sgt pun...lainlah kalu yg makan 2 memang pakar kek lapis emmm ada jer yg x kena hehehehehe...tapi kalu nak mkn sdiri n famili jer no hal kak su...boleh jer *utk lapisan pertama n terakhir jer V guna api atas n bawah...yg lain V guna api atas jer..


29-12-2009, mamabeb komen :

V rie's nie rajinlah...ada mengikuti kelas membuat kek ke? atau ada mengajar utk kelas membuat kek...sbb cara V rie's mcm org pro je??....klu ada boleh mamabeb joined


02-01-2010, V rie's komen :

selamat tahun baru mama....adalah jgak wat kelas tapi kecik2 jer...x r pro sgt..tapi kalu nak kongsi2 ilmu 2 no problem..


02-01-2010, Safiza komen :

saya pernah baca ada resepi yang guna tepung hong kong tapi jika tak de guna tepung yang paling halus. cantik juga kek lapis tu,malas pun jadi juga kek lapis tu.V pandai tak cara menyusun kek lapis sisik ikan?hari tu buat kurang cantik laois sisik ikan,tapi sedap di makan


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu