Google+

oleh: Mat Gebu Rendang Ayam Kampung

Step_by_step_046

Khas dari dapur Mat Gebu.....boleh dimakan dgn nasi, roti, ketupat, lemang dan sebagainya


Created on : 07-02-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi Mat Gebu




Bahan-bahan ( 7 - 8 org )

  • 1 ekor ayam kampung (anggaran 1.5 kg)
  • 1 biji kelapa, diparut
  • 2 helai daun kunyit, dimayang halus
  • 3 ulas bawang merah kecil, dimayang*
  • 2 ulas bawang putih, dimayang*
  • 2 asam keping
  • 1 batang kayu manis (anggaran 3 inci)*
  • 1 kuntum bunga lawang*
  • 3 biji buah pelaga*
  • 4 kuntum bunga cengkeh*(*bahan2 tumis)
  • 3 camca besar cili kisar
  • 4 camca besar kerisik
  • 2 camca besar rempah kari daging
  • 1 camca besar gula Melaka
  • Garam secukup rasa dan 1 cawan minyak utk menumis
  • BAHAN2 DIKISAR HALUS :-
  • 5 batang serai, dimayang
  • 8 ulas bawang merah kecil
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit hidup
  • 4 biji buah keras

Cara-cara

  1. Ayam dibersihkan dan potong 24 kepingan. Cuci dgn asam dan garam, perap 10 minit. Bilas dan toskan. (Boleh juga gunakan ayam daging)
  2. Masukkan 1 cawan air dalam kelapa parut dan ramas. Perah santan pekat dalam satu bekas, ketepikan. Kemudian masukkan 2 cawan air lagi, ramas dan perah utk santan kemancar. Ketepikan.
  3. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bhn2 tumis dan kacau hingga wangi. Masukkan cili kisar, bahan2 dikisar halus dan juga rempah kari. Masak hingga harum dan pecah minyak.
  4. Masukkan sedikit garam dan diikuti ayam. Gaul ayam hingga sebati dgn rempah dan masak hingga ayam agak kecut (10 minit). Masukkan santan cair dan biarkan masak atas api perlahan hingga daging ayam 1/2 masak.
  5. Kemudian masukkan santan pekat,kerisik dan asam keping, masak hingga ayam empuk dan kuah pekat. Baru dimasukkan gula melaka dan daun kunyit yg telah dimayang tadi. Gaul rata dan masak hingga rendang agak kering. Rasa garamnya. Angkat dan boleh dihidangkan.
  6. Rendang ini boleh juga dimasak dalam periuk tekanan (bagi sesapa yg ada), bergantung pada jenis periuk tekanan masing2. Dan kemudian keringkan di dalam kuali.

Tag









Laporan Masakan Bergambar (3)

100_0770
27-05-2007
dah cuba resipi cik mat nith..sedap sgt!..thanks ye cik mat..n sori lah gambar tak berapa clear ..lightkurang hehehe
Laporan oleh: junn
Makanan_008
14-04-2011
tq,cmg,resepi yg sedap sgt...
Laporan oleh: noor satinah
Makanan_075
08-05-2011
salam,CMG,ni kali ke 2 saya buat,memang sadap resepi cik mat,..thanks ya sbb kongsi resepi.
Laporan oleh: noor satinah

Komen (17)

07-02-2007, umi_e komen :

cik mat masak rendang ayam ni memang sesuai kalau ada ayam kampong yang pencen kan... sampai keringpun ayam tak hancur... tak macam ayam biasa... belum apa2 ayam dah hancur...


30-11-2007, orchid komen :

Resepi nie sesuai tak kalau nak gantikan ayam ngan daging ??


07-10-2008, Blackforest komen :

tak sesuai langsung kalau di tukar dengan daging


08-07-2009, kqamal komen :

mcm sodap jeeee


10-11-2009, EMNANAEM komen :

erm..boleh la try nanti.excited n nak test


17-12-2009, ancha komen :

kerisik tu mcm mane? klape kering eh?


18-12-2009, HaSue komen :

salam ancha..kerisik tu bukan kelapa kering..tp kelapa parut yg digoreng dahulu kemudian ditumbuk lumat sampai mengeluarkan minyak..sekarang ni dah banyak jual di pasaraya atau kedai2 runcit. hrp dpt mmbantu.. :)


18-12-2009, HaSue komen :

*digoreng tanpa minyak ye.


05-10-2010, meehunkoey komen :

Memang superbly delicious. Buat untuk bdk opis last week.. sampai licin bekas diaorang habiskan .. kuah habis dihirup diaorang. Lepas tu buat untuk family, mak mertua dan hubby siap puji i .. Terima kasih banyak banyak kepada mat gebu :)


05-10-2010, meehunkoey komen :

Memang superbly delicious. Buat untuk bdk opis last week.. sampai licin bekas diaorang habiskan .. kuah habis dihirup diaorang. Lepas tu buat untuk family, mak mertua dan hubby siap puji i .. Terima kasih banyak banyak kepada mat gebu :)


16-11-2010, Cikno komen :

Nak try..untuk Hari Raya Kurban ni...Mintak Share di Fb ...untuk Adik yg Plan nak Masak Rendang Ayam Pencen ni..


26-03-2011, sufyiman komen :

i suka rendang basah but abah i suka rndang kering ish..ssahla nt bila i buat kna la ikut slera abah n nk wat smpai 2 rendang hisss..dahla makn masa tp tuk abah trsayang i wat ikut cara dia..tp bab ayam kitorg sama suka yg pakai aym tua aym daging kurang..i dah cuba rndang yg ni so dlicious em em..habis 1 fmily mkan licin..suka sgt..


17-04-2011, Queen Ruby komen :

wah..terliur tgok pic rendang tu..nak cuba lah nanti..wat untuk raya..


29-07-2011, kchik komen :

Salam cik mat gebu.. dah try dah cuma ada dua tiga bahan tak masuk.. (tak dan nak cari) apa pun.. tambah kick dengan serbuk kari daging pedas babas! memang marvelous! Mintak izin simpan sebagai koleksi resepi ye..


09-08-2011, matos/songet komen :

salam mat..mmg cun la huhuhuhu...nk try la raya nnt,mohon amik ek resepi ni...ok ye tq


12-08-2011, nyda ady komen :

dah dihidangkan...selamat berbuka pase....jawapan?///pas berbuke k..


21-10-2011, MissNora komen :

salam mat..tq for the resepi.semalam nora try buat rendang ni..1st time buat rendang ayam...menjadi!my hubby pun suka..siap tapau bawa gi office..mohon ampun nora adjust siket ganti rempah kari dgn cili boh..apapun memang terbaik!


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu