oleh: ibumimi Apple Crumble Bars

Apple_crummbles

resepi Pete Bakes yang memang simple dan Nyummy


Created on : 12-12-2009

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi ibumimi




Share


Bahan-bahan ( 9" × 13" )

  • 4 cawan tepung
  • 1/2 st garam
  • 1 1/2 cawn gula
  • 1/2 cawan gula perang
  • 1 1/2 cawan mentega – jangan lembut sangat atau dicairkan
  • 6 cawan apple (lebih kurang 5 biji) kalau nak sedap leh guna granny smith
  • 1 tsp cinnamon

Cara-cara

  1. Keluarkan butter dari peti ais sementara menyediakan epal. Epal dibuangkulit dan dipotong dadu 1cmx1cm. Sesudah itu perah 1/2 biji lemon keatas epal tersebut.
  2. Campurkan tepung, gula kastor dan gula perang serta garam kedalam mangkuk
  3. Potong butter kedalam mangkuk (jangan cairkan) dan ramas sedikit untuk menjadikan serbuk crumb...jangan terlebih uli, nanti jadi doh
  4. Ketepikan 1 cawan crumb tersebut dan campurkan dengan serbuk kayu manis kemudian gaulkan pula dengan apple tadi dan biarkan seketika
  5. Panaskan oven ke 180 °C dan griskan dengan tepung pada 9×13 baking pan.
  6. Baki adunan crumbs di bahagi 2 bahagian - 1 crumbs untuk melapisi bahagian atas - 1 lagi untuk bawah crust.
  7. 1 adunan diambil untuk melapisi bahagian bawah (crust) hendaklah ditekan kedasar dulang pembakar untuk memampatkan adunan dan kemudian bakar selama 10 minit
  8. Selepas 10 minit, taburkan bancuhan epal dan kemudiannya taburkan crumbs. Masukkan semula kedalam ketuhar selama 45 minit atau sehingga atasnya bewarna keemasan dan sejukkan sebelum memotongnya kebentuk bar atau kalau nak cepat leh letak dalam peti ais.


Laporan Masakan Bergambar (3)

Aplecrumble
08-01-2010
suka sangat ngan resepi ni .. nyum nyum
Laporan oleh: ibumimi
Dsc02145
05-03-2011
salam ibumimi, kakbesah buat smlm smpena besday hb...sdap..suka dia mkn..crumb nya manis..tp..balance la dgn apple hijau yg masam tu..kedua2 bhn saling memerlukan...simbolik tu..hehe..syukran 4 d r'sp..
Laporan oleh: kakbesah
104_0204
09-03-2011
my 1st apple crumble... belum dapat A lagi... harus dicuba semula. tapi sedap makan dengan eskrim coklat.. tq
Laporan oleh: CheqSueCommot

Komen (2)

21-03-2011, fitty89 komen :

mne leyh dpt cinnamon 2 ek mklum dok jauh dr bndar skit hehehehehe


21-03-2011, fitty89 komen :

mne leyh dpt cinnamon 2 ek mklum dok jauh dr bndar skit hehehehehe


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu