Your MyResipi.com has been updated. To get started with new version of MyResipi.com, Reset Your Account Password using Forget Password
If you face any problem, please contact us at support@myresipi.com

Resepi Salmon Steak dgn Sos Putih

 Submitted By On 04 February, 2007
Category: 
Cuisine: 
Preparation time: 
Servings: 
0 Persons
Description

Senang nak masak ni... sos boleh diguna utk ayam, pasta, dll. Ini masakan french yg ada ciri-ciri asian sbb ada nasi.

Ingredients
  • 2 keping ikan salmon (ikan lain pun boleh, tak payah besar sgt, i beli terlalu besar)
  • 1 sudu besar minyak zaitun
  • Secubit garam
  • Secubit lada hitam
  • *1 cawan mashed potatoes atau nasi putih (I guna nasi jepun, tanpa cuka) >> bagi yg suka mkn nasi, masak lah lebih sikit.
  • <B>Bahan-bahan untuk sos</B>
  • 2 sudu besar majerin atau mentega
  • 1/2 biji bawang besar (dicincang)
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • Secubit garam
  • 1/2 sudu kecil daun parsli kering (herb lain pun boleh)
  • 1 cawan susu segar
  • Secubit lada hitam
Instructions
  1. <B>Sediakan sos dulu:</B> Panaskan majerin dlm periuk kecil, goreng bawang besar sehingga layu. Masukkan tepung gandum dan kacau sehigga tepung gandum melekat kat bawang. Masukkan bahan2 lain, masak sampai didih sambil tu kacau-kacaukan. Matikan api dan diketepikan.

  2. Ikan disalut dgn garam dan lada hitam. Gorengkan dgn minyak zaitun sehingga perang/masak.

  3. Letak 1/2 nasi di dlm pinggan kemudian letak ikan ke atas nya. Tuangkan sedikit sos kat atas ikan dan di sekeliling nasi.

  4. Bahan2 lain ikut citarasa masing-masing, yg pentingnya adalah sos putih.

Tags 
Related RecipesSee All
Recipes You May LikeSee All