oleh: Penyulawa Nasi Jagung

Nasi_jagung1

Resipi memandai2 sendiri... *Note Taburkan dengan bawang goreng, daun bawang dan daun sup yg dihiris. Boleh dihidang bersama ayam masak merah, dalca dan acar.


Created on : 08-12-2009

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi Penyulawa




Share


Bahan-bahan ( 6-8 orang )

  • 6 cawan beras basmathi - cuci dan toskan
  • 6 cawan air
  • 1 cawan susu cair
  • 2 tongkol jagung - asingkan dr tongkolnya
  • 1 inci halia - mayang halus
  • 1 labu bawang besar - didadu
  • 2 ulas bawang putih - hiris
  • rempah tumis - bunga lawang, buah pelaga & kayu manis
  • 125 gm minyak sapi (1 tin kecil)
  • 1 cawan sayur campur
  • 1 cawang daging/ayam cincang
  • 1 batang lobak merah parut
  • 2 sudu teh lada putih
  • garam secukup rasa

Cara-cara

  1. Panaskan minyak sapi dalam periuk. Masukkan rempah tumis, bawang besar, bawang putih dan halia (masukkan daun pandan jika ada). Tumis hingga. naik bau.
  2. Masukkan ayam/daging cincang, kacau rata. Kemudian masukkan jagung dan sayur campur.
  3. Masukkan beras dan gaul hingga rata dan sebati. Masukkan air, lada putih, garam dan lobak merah. Gaul.
  4. Alihkan periuk letrik. Biarkan nasi masak hingga hampir kering. Tuangkan susu. Taburkan kismis dan gajus jika mahu. Biarkan nasik tanak dan kering sepenuhnya.
  5. Sedia untuk dihidang.

Tag

nasi


Laporan Masakan Bergambar (1)

Nasi_jagung
12-12-2009
buat utk jamuan kenduri...terima kasih berkongsi rcp... :)
Laporan oleh: inda77

wah... bagusnya, siap buat hidangan kenduri. tq kerana percaya pd resipi ku. tahniah.


Komen (2)

09-12-2009, ayang3abdul komen :

klu gunakn beras lain.bolehkn...


13-04-2011, sweethaniza komen :

sy dah cuba resepi anda....senang nye....ingatkan susah nak buat....cume...hehehe....kurang rase la sy buat.....maby kurang garam kot.....terima kasih..


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu