Your MyResipi.com has been updated. To get started with new version of MyResipi.com, Reset Your Account Password using Forget Password
If you face any problem, please contact us at support@myresipi.com

Resepi Daging Goreng Garam Kunyit

 Submitted By On 04 February, 2007
Category: 
Cuisine: 
Preparation time: 
Servings: 
0 Persons
Description

Ini resipi asas untuk lauk daging goreng. Adik2 syana suka lauk ini. Kedai2 masakan siam pun ada lauk ini dalam menunya.

Ingredients
  • 200-300gm daging mentah
  • serbuk garam dan serbuk kunyit (kunyit hidup pun boleh)
  • minyak masak
  • bawang merah 2-3 biji dimayam
  • bawang putih 1 biji dimayam
  • bawang besar (kulit kuning/oren) 1 biji dimayam bulat
  • lada merah 1 biji (atau cilipadi beberapa biji jika hendak lagi pedas) dihiris serong
  • optional: kacang panjang yg telah dipotong atau kicap manis cap kipas udang
Instructions
  1. hiris daging (ikut kebiasaan masing2, jgn terlalu nipis atau terlalu tebal)

  2. perap hirisan daging dgn garam dan kunyit secukup rasa sekurang2nya 20 minit

  3. panaskan kuali tanpa minyak untuk beberapa saat dan kemudian masukkan daging perap ke dlm kuali. 'goreng' daging tanpa minyak untuk mengeringkan air daging dan supaya daging 'masak'

  4. apabila air daging kering, masukkan minyak masak dan goreng seperti biasa

  5. apabila warna daging berubah dari warna yg pudar kpd warna yg gelap seperti hendak garing, masukkan bawang merah dan bawang putih yg dimayam tadi. goreng hingga layu. kemudian, masukkan hirisan bawang besar dan lada. gaul rata dan goreng sehingga semuanya garing

  6. apabila semua garing, lauk sudah siap. hidang dgn nasi panas atau makan dgn roti. cicah dgn budu dan makan dgn nasi panas lagi sedap yum yum

  7. variasi lauk ini #1: tambah kacang panjang yg dipotong ketika menggoreng, sebelum dihidang. ada org masukkan carrot, bunga kobis ataupun kobis

  8. variasi lauk ini #2: sebelum selesai menggoreng, masukkan kicap manis cap kipas udang dan gaul rata. variasi ini menjadikan lauk ini menjadi daging goreng kicap

Tags 
Related RecipesSee All
Recipes You May LikeSee All