oleh: cikmanis Air Asam Menyengat

_mg_4706

Resepi asli turun temurun.. sesuai dimakan bersama ikan bakar dan lain-lain.. MESTI CUBA!!


Created on : 06-12-2009

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi cikmanis




Share


Bahan-bahan ( 6 orang )

  • asam jawa (anggaran sekepal) + air
  • *BAHAN UNTUK DIHIRIS NIPIS
  • 1 biji bawang besar
  • 2 biji bawang merah
  • 1 biji tomato
  • 1 biji cili merah
  • 1 biji cili hijau
  • 3 biji cili padi
  • *BAHAN UNTUK DITUMBUK
  • 1 biji cili merah
  • 2 biji cili padi
  • 1/2 inci belacan bakar
  • garam
  • gula
  • *BAHAN UNTUK DIPERAH
  • 1 biji limau nipis
  • 1/4 biji lemon

Cara-cara

  1. Ambil asam jawa dan campurkan sedikit air panas. Tapis air asam jawa untuk mendapatkan jusnya sahaja. Ulangi langkah ini sebanyak 2 kali. Jangan terlalu cair.
  2. Masukkan bahan-bahan yang dihiris nipis ke dalam air asam jawa.
  3. Tumbuk bahan-bahan tumbuk dan masukkan ke dalam campuran air asam jawa.
  4. Perah limau nipis dan lemon untuk memasamkan lagi air asam.
  5. Untuk menjadikan air asam lebih menyengat, hiriskan kulit limau nipis dan lemon dan masukkan ke dalam air asam... Pasti sedap.

Tag

pencicah


Laporan Masakan Bergambar (3)

Airasamcmanis
14-01-2010
suka sgt air asam ni...tq cikmanis....:)
Laporan oleh: quinnie

waaa... nampak sedap jer air asam quinnie.. kecur air liur cikmanis.. hehehe

Air_asam_menyengat
27-01-2010
sedap bila dicicah dgn ikan sotong bakar, tq cikmanis
Laporan oleh: nor_67

thx nor sbb mencuba.. menyengat btl air asam nor.. aduhhh

Asam1
30-01-2010
kiter pong wat ngan sotong bakar jugak! mmg menyengatt! tenkiu yer cikmanis!
Laporan oleh: hana6877

waaa... sedap tu hana.. terliur plak cikmanis..


Komen (11)

06-12-2009, ayang3abdul komen :

memang sedap...saya pn gunakn cara yg sama......you all semua leh la try...


06-12-2009, cikmanis komen :

btl tu ayang.. rasanya memang cukup..


06-12-2009, siput kemudi komen :

mak oiiiiiiiiiii tengok dah menyengat, belum buat dan rasa lagi, mesti nak cuba nih!!!!!!! makan dengan panggang ikan keli dan sambal tumis siput kemudi. mak oi!!!!!!!!!!! masak dengan mak.


06-12-2009, cikmanis komen :

kena la cuba siput.. baru rasa SENGATANnyer!


06-01-2010, acha komen :

nampak cam sedap nk try lh,cecah dgn ikn bakar..


06-01-2010, cikmanis komen :

sedapppp.. try la acha!


13-11-2010, narizan komen :

cam sedap jee....nak cubala,cam senang gak..hehehehe


14-12-2010, salizahsahari@yahoo.com komen :

sedap betul resepi ni ...kenalak ngan ikan bakar........fuhhhhhhhhhh lazat.


22-03-2011, mumiabergerak komen :

wahhh..sedapnya..cicah ngan ayam goreng sedappp


16-04-2011, liza_sham komen :

wahh sedapp nye law cicih ngn ikan bakq ni..uhhuuh nyamii ;)


11-07-2011, sitimaina@gmail.com komen :

baru tgk pn dh meleleh air liur ni.. mesti cuba air asam menyengat ni.. baru tau setakat mna sengatannya nnti... :)


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu