Google+

oleh: Ringo Strawberry jam

Img_1428

very easy jam


Created on : 02-02-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi Ringo




Bahan-bahan ( 1 cup )

  • strawberry 1 pack (300gm)
  • gula pasir 90gm
  • lemon jus dari 1/2 biji

Cara-cara

  1. buang kelopak hijau, basuh bersih dan keringkan dengan paper towel.
  2. Img_1427
    masukkan dalam periuk, gaul dengan gula. biarkan selama 10 minit sehingga ada air keluar sedikit dari buah.
  3. panaskan atas api kecil. kacau sekali sekala supaya tidak hangus.
  4. bila air dari buah keluar dengan banyak, besarkan api untuk keringkan air. kacau tanpa henti sambil pecahkan buah.
  5. bila air tinggal sedikit, masukkan lemon jus dan tutup api.
  6. bolehlah disimpan dalam botol yang bersih.
  7. Img_1428
    sedap dimakan bersama yogurt ataupun roti.
  8. gula digunakan hanya 30% dari berat buah. jika hendak disimpan lama bolehlah ditambah gula ke 50%. procedure ini boleh digunakan untuk buah lain seperti pear, epal dan blueberry

Tag

jem









Laporan Masakan Bergambar (4)

Strawberryjam
15-02-2007
buat dgn strawberry yg tak abih.. sedap!!
Laporan oleh: yani

cantiknyer!! boleh tiru nih untuk party :)

Jam
19-03-2007
campur dgn blueberry pulak.. hehee org dah pandai buat jam..
Laporan oleh: yani

blueberry fresh ker frozen. kat Yokado, every Thursday, frozen food dia 1/2 price tau.

Jem
24-05-2007
strawberry + blueberry pulak :)
Laporan oleh: yani

produktif sugguh, kat rumah ni, jem aprikot tak habis2 lagi pasai jrg makan roti.

C
22-03-2011
bile wat homemade jam ni, kite leh control rase dye..taklah terlalu manis macam jam readymade...yang ni masam² manis rasenya.. perfect utk tekak saye sekeluarge...time kaseh ye kak hani...^^
Laporan oleh: nOOrsha

Komen (6)

02-02-2007, Lilydvalley komen :

Bestnya u all buat jam strawberry... kalo kt m'sia ni, buat jem nenas ajela... bila musim rambutan, rambutan masam tu leh jugak buat jem. masa i kecik2 dulu, jem rambutan aje yg dpt we all makan. jem strawberry??? mimpi ajela...


02-02-2007, fymein komen :

very the interesting recipe.....Lilydvalley,skang kan dah byk jual buah ni so bole la try n error... p/s:mintak skit kat McD yg utk mkn ngan Sundae Ais Krim tuh kalau malas nak buat...hehehehe


03-02-2007, Mat Gebu komen :

setuju dgn lily, baru2 nie mat beli juga strawberry kat "Giant", Itu pun sebab nak guna sgt, harga tak yah cakaplah, punya cekik darah, 250gm = RM7.20.......(tapi montel2 macam mat).... masa nak guna, nak potong tampuk dia pun mat sayang sebab mahal sgt.. Kalau kat M'sia nie, paling hot jem nanas laa itu pun masa Raya..itu pun sebab ada tart nanas....,Tapi lily mana2 yg dok Cameron Highland tu kira ok jugak,strawberry senang nak dpt dan mungkin harga tak delag mahal sgt. (Nak cuba tanam strawberry sendiri)


03-02-2007, yani komen :

mat.. i kat sinikan.. selalu berangan bila balik msia nak buat mango jam lah... nak buat macam2lah dgn mango.. apa saja yg kat sini guna strawberry tu, nak ganti dgn mango.. tt2 sedap... nak buat kat sini.. mango mahal sgt.. kekadang je beli time teringin nak makan.


03-02-2007, skyblue komen :

datang lah australia... mango n strawberry semua murah2. 3 kotak strawberry A$5... mango skrg $2 per kg... mula2 mahal sikit, skrg ni murah sgt... klu beli banyak, $10 satu kotak, ada 12 biji mango besar2.


03-02-2007, Ringo komen :

Lilydvalley, yang frozen ada jual tak? kalau ada, pun boleh guna. I pun guna buah yang kecik-kecik jer. sayang nak guna yang besar-besar. mahal jugak pulak tu. Fymein, try la. senang sangat. ganti buah lain pun sedap. Mat Gebu, try tanam. I pun tanam jugak dalam pasu. last year sempat makan 5 biji. berebut dengan burung gagak dan ulat. :) tahun ni baru tengah berbunga. Yani, jem manggis pun sedap. betulla, mango mahal!! kat Ueno, mungkin murah sikit kot. tapi sayang nak buat jem. makan cam gitu lagik best :-P Skyblue, best arr kat Australia buah murah. strawberry dia manis tak? kat US dulu pun murah, tapi tak semanis strawberry kat Japan. buat jem pun kena letak banyak gula.


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu




Part of Dua Marhalah Sdn Bhd