oleh: keli Tapai Pulut

21112009221

resepi dari arwah nenek. wajib buat setiap kali raya atau apa2 kenduri.


Created on : 21-11-2009

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi keli




Share


Bahan-bahan ( 1 keluarga )

  • 1 kg beras pulut
  • 1 biji ragi sebesar duit syiling 20 sen( kisar sampai hancur jadi serbuk )
  • 1 cawan air masak
  • sedikit lada sulah dah campur dgn secawan air masak
  • sebiji bawang merah kecil
  • setangkai cili kering
  • secubit kapur basah
  • beberapa helai daun pisang ( potong sebesar utk bungkus nasi lemak )

Cara-cara

  1. rendam beras pulut tadi selama semalaman atau paling kurang 4 jam.
  2. setelah beras pulut tadi direndam, kukus selama setengah jam. dan dalam masa setengah jam tadi, di balik2 kan beras pulut supaya masak sekata.
  3. setelah itu, keluarkan beras pulut tadi, dan gaulkan beras pulut dgn secawan air masak.
  4. kukus semula beras pulut tadi selama setengah jam lagi atau sehingga benar2 masak.
  5. setelah pulut masak, keluarkan dr pengukus dan hidang di atas dulang. ( jgn dilenyek )biarkan begitu sahaja sehingga suam2 kuku.
  6. taburkan serbuk ragi tadi biar rata. tidak perlu digaul. tabur rata sahaja diatas pulut tadi.
  7. kepal bulat2. terpulang pd individu. kalau nak cepat siap, buat besar2. tapi kalau nak cantik molek, buatlah kecil sikit. (mudah utk mkn. kalau besar x habis sayang pulak bekas org, kalau kecil kan mudah utk mkn.)
  8. sambil tu celup tgn pd air yg telah dicampur dgn lada sulah. supaya pulut tidak melekat pd tgn. tujuan lada sulah utk menjadikan tapai tadi lebih rasa. org putih kata ada kick..
  9. bungkus ketulan tapai tadi dlm daun pisang. bungkus mcm buat belebat pisang. susun dlm periuk atau bekas besar. setelah siap, tutup dgn daun pisang dan letakkan sebiji bawang merah dan setangkai cili kering. tutup periuk dan sapukan secalit kapur pd tepi dan atas periuk. simpan di tempat yg panas seperti tepi tingkap.
  10. tunggu sehingga 2 mlm. dan bolehlah disimpan didalam peti sejuk. hidang sejuk memang sedap.. kemanisan tapai bergantung pd ragi...
  11. petua penting..kalau nak dapatkan rasa tapai yg manis melekat, masa tabur ragi tu, pastikan pulut benar2 sejuk...jika still panas ada kemungkinan rasa tapai jadi masam dan bergas...

Tag

dessert


Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (28)

21-11-2009, Nayati Yahya komen :

nak sedap lagi, serve tapai ni with ice cream.. best giler.. try la x caya!


22-11-2009, keli komen :

betul tu nayati. bermacam cara utk serve tapai ni. ikut pada selera masing2. sy pernah lihat ada jugak org mkn tapai pulut ni dgn cendol..


22-11-2009, cik kieah komen :

wah..keli, sedap nie. mesti cuba tapi nak tukar guna pulut hitam bior le menarik ... jd tertarik nak makan..hi3x


27-11-2009, norlieU8 komen :

tapai ni bt pudg tapai lg sedap..simpn pti ais nyaman tekak.bykkn minum...


28-11-2009, keli komen :

wah cik kiah ni kreatif tul, bagus tu boleh ler tambah variasi tapai pulut..


28-11-2009, keli komen :

ye betul tu norlieU8. utk bulan ni sahaja saya dah buat 4 kali. sekali tu utk jiran buat kenduri khatan. yg 2x tu utk saje2 mkn dan sekali yg terbaru ni utk raya haji. ni pun tinggal berapa je dlm peti ais. tapi harus jaga bagi yg semput dan pregnant. x galakkan sebab tapai ni panas...


03-12-2009, ibumimi komen :

norlieU8, hopefully leh share resepi pudg tapai kat sini, teringin lak nak merasa :)


04-12-2009, minnie komen :

nape ek kena ltk bwg dgn lada tu...petua ke..kalau x ltk x jd ke tapai tu


07-12-2009, keli komen :

minnie, saya pun kurang arif jugak tentang bawang, lada serta juga kapur tu. sbb resepi ni mmg saya ambil sebiji2 dgn arwah nenek. sikit pun x kurang. Cuma arwah nenek ada letak dgn air perahan daun pucuk manis warna hijau. katanya kami org banjar mmg mkn tapai hijau. tapi saya x letak memandangkan pengunjung laman web ini dr pelbagai bangsa dan agama. Tu yg saya buat tapai putih. Tambah lagi suami saya bukan org banjar. Ada sape2 boleh tolong jawab soalan minnie? Tapi saya rasa kalau x letak pun boleh kot....


14-12-2009, senandung_semalam komen :

saya dah buat dua kali..menjadi..saya memang tak sangka tapai saya manis..terima ksih banyak2..bila buat sendiri rasa puasa sangat makan...


14-12-2009, ieda71 komen :

suami suka makan tapai ..leh la cuba..mcm sedap je..


16-12-2009, keli komen :

senandung_semalam, pasti rasa banggakan dpt buat tapai sendiri. tambah lagi jadi manis. lagilah bangga. terima kasih kerana sudi cuba. ragi yg U guna tu bolehlah beli dan simpan. kerana x semua ragi akan menghasailkan tapai yg manis. maksud saya beli di tempat yg berbeza.


16-12-2009, keli komen :

ieda71, cubalah. InsyaAllah jika ragi yg kamu guna tu elok, pasti menjadi. Ada petua sikit. nak tau ragi tu elok atau tidak, kata org dulu2, kalau ragi tu putih melepak, InsyaAllah pasti manis jadinya.


16-12-2009, keli komen :

ieda71, cubalah. InsyaAllah jika ragi yg kamu guna tu elok, pasti menjadi. Ada petua sikit. nak tau ragi tu elok atau tidak, kata org dulu2, kalau ragi tu putih melepak, InsyaAllah pasti manis jadinya.


21-12-2009, byb komen :

saya ni hantu tapai...cili kering 2 nak buat apa


22-12-2009, keli komen :

byb, saya pun x pasti cili kering tu utk apa.. sbb ianya mmg petua asal dr arwah nenek saya... ada sesiapa boleh tlg jawab? tapi kalua nak fikir dr segi logikal, mungkin sbb cili kering tukan panas, jadi tapai yg kita perap tu akan cepat masak. tentang bawang tu yg kurang pasti...tapi saya dah cuba buat tanpa menggunakan cili dan bawang, tetap jadi cuma mcm kurang umpph sikit.


31-12-2009, mamamiajb komen :

dah dua kali wat tapai ni...tp tak letak pun lada kering,bwang,,,masuk dlm tupperware besar ,tutup,bungkus ngn kain batik.sorok dlm dapur..2,3 hari baru kuarkan...fuhh..siap rsa gas lagi...nyaris tak mabok mkn tapai..:).. apapun rsa bangga dah pandai wat tapai....thanks


02-01-2010, keli komen :

emmm. sedap nye..Itulah, kalau x cuba, x tau hasilnya.. betul x? apapun thanks mamamiajb. At least saya pun boleh ler try buat tapai tanpa guna bawang dan lada kering. Lagi mudahkan...mamamiajb, leh tanya sikit x? stay kat mana yerk? saya ni pun mama mia jugak tapi kat kota tinggi..


05-01-2010, mamamiajb komen :

saya dok area p.gudang... rsanya mcm nk buat lg tapai ni utk bonda yg memang meminati tapai ni...kadang2 g cari kat pasar tani..selalu dah habis..


07-01-2010, keli komen :

skrg ni x perlu lagi beli, dah pandai buat, lagi berbaloi buat dlm sekilo atau 2 pun dah cukup byk. Biasanya saya buat dlm sekilo je utk mkn seisi family, boleh tahan dlam sebulan dua. maklum ler saya dan hubby je mkn. anak2 kecik lagi..


13-01-2010, nasah komen :

Nak try ah... kat singapore susah cari ragi ah :-) thanx


13-01-2010, keli komen :

emm area jb mesti ada jual ragi cuma saya x pastilah ada di kedai mana.. mungkin kedai india atau herba cina ada jual...klau setakat kat tempat saya ni memang byk. cuma kena pandai pilih ragi...


08-06-2010, mamamiajb komen :

dah 3,4 kali gak gune cara ni utk wat tapai... baru2ni bwak balik kg bg mak rasa...tp mak sya kata kena letak sikit gula masa gaulkan ragi tu atas pulut..baru rasanya lg balance...pas ni akan try petua mak sya tu....


25-01-2011, najwaharith komen :

sedapnya tapai...dulu2 saya tak suka tapai. Masa kecik2 bila mak buat langsung tak nak makan. Tp bila dah bekerja, mula belajar mkn tapai n sedap. Sayangnya mak dah tak buat tapai lg....rindunya dgn tapai mak


08-02-2011, hebat komen :

apa bezanya tapai yang dbubuh bwang and lada and kapur dah cba try ke?mana yang lebih sdap; dan pernah x rasa tapai mcam nk kelat ,,,saya buat selalu mcam tu..apakah masaalahnya,sebab daun pisang kah ,,,daun pisang yg camna nk diguna tua atau muda,,,,,,pisang hutan camna se lalu gak saya guna mungkin ia yang jadi kelat kut''''''


03-04-2011, rakan komen :

t.kasih yg empunya resepi..pertama kali dalam hidup ..sy cuba buat tapai ...menjadi dan manisss...suami ,anak2 suka kebetulan besday anak hari tu..rakan2 cuba rasa...sedapp katanya..bleh la wat bisnes..ni..mahal kat kg saya (di perak ) tapai daun keladi 50 sen sebungkus..x risau lg dah tau cara nak buat..terima kasih ya kongsi ilmu..


08-09-2011, sapfie komen :

saya cuma nak confirm tapai yang nak dibuat tuh kena letak gula ker x


08-12-2011, bukit nikmat komen :

saya buat tapai tak letak lada n bawang pun.tapi ...ada tapinye baru buat tak tau jadi ke tak


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu