Google+

oleh: zachoes Roti Putih (White Bread)

Roti

Diambil dari www.recipezaar.com. Hanya memerlukan tepung gandum tapi tetap lembut, gebu dan lembap gitu~ (gambar diatas buat separuh adunan je). Boleh rujuk: http://zachoes.blogspot.com/2009/11/projek-tengah-malam-roti-untuk-sarapan.html


Created on : 18-11-2009

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi zachoes




Bahan-bahan ( 12-14 keping )

  • 1C air, suhu bilik
  • 1 sk garam
  • 1 sb madu
  • 3C tepung serbaguna @ tepung gandum
  • 1/4C susu tepung
  • 2 sk gula
  • 1 1/2 sk yis
  • 3 sb margarine

Cara-cara

  1. Breadmaker:
  2. Campur semua bahan ke dalam breadmaker.
  3. Bila siap, keluarkan doh dan tumbuk-tumbuk keluarkan angin. Bentukkan bentuk roti loaf, letak dalam loaf pan.
  4. Biarkan naik 2kali ganda lebih kurang 40min.
  5. Bakar dalam oven yang dipanaskan terlebih dahulu pada bahagian tengah, 175C selama 25-30min.
  6. Sejukkan atas redai sebelum dipotong.
  7. Mixer/Uli dengan tangan:
  8. Dalam bekas, masukkan tepung gandum, gula, yis, susu tepung, margarine, dan madu dan kacau sebati. Pastu baru masukkan garam.
  9. Buat lubang ditengah-tengah dan tuangkan air ke dalam adunan.
  10. Uli sampai doh tak melekat di tangan/dinding bekas (tambah tepung kalau perlu sebab lain tepung lain kuantiti serapan air) dalam 8-10 min.
  11. Keluarkan doh dari bekas, uli sikit atas papan pencanai bersama sedikit tepung sampai doh jadi elastik. Perapkan doh sejam hingga naik 2kali ganda.
  12. Tumbuk-tumbuk keluarkan angin, bentukkan bentuk loaf dan letak dalam bekas dilengser margarine. Perap 40min sampai naik 2kali ganda.
  13. Bakar pada oven yang dipanaskan terlebih dahulu, 175C untuk 25-30min atau sampai warna atas keperangan.
  14. Sejukkan atas redai (ku sapu margarine sikit bagi kekal lembut).








Laporan Masakan Bergambar (1)

102_1318
27-03-2010
dah lamo buek dah...serunuk sgt sbb cam x cayo sey mengrut pastu jadi pulak tu...immg lembut...
Laporan oleh: chamcham

hehe.. tahniah sebab menjadi rotinya ^_^ senang kn? pkai tepung gandum je tak perlu pkai tepung roti, hehe..


Komen (16)

19-11-2009, adikhanis komen :

Saya selalu juga buat roti dan perah berniaga roti secara kecil-kecilan. Resipi awal yang saya dapat lebih kurang macam resipi inilah juga. Akhir sekali akan disapu majerin untuk kekal lembut. Tapi saya tambah sedikit bahannya iaitu tambahkan tiga sudu besar susu pekat. apa yang kita dapati roti tu kekal lembut dan kita tak payah sampukan majerin keatasnya. bagi yang nak berniaga apabila kita sapukan mejerin keatas roti dan kita masukan roti kedalam pelastik, pelastik itu jadi comot kerana bila majerin itu sejuk dia akan nampak melekat pada pelastik.


19-11-2009, adikhanis komen :

Saya selalu juga buat roti dan pernah berniaga roti secara kecil-kecilan. Resipi awal yang saya dapat lebih kurang macam resipi inilah juga. Akhir sekali akan disapu majerin untuk kekal lembut. Tapi saya tambah sedikit bahannya iaitu tambahkan tiga sudu besar susu pekat. apa yang kita dapati roti tu kekal lembut dan kita tak payah sampukan majerin keatasnya. bagi yang nak berniaga apabila kita sapukan mejerin keatas roti dan kita masukan roti kedalam pelastik, pelastik itu jadi comot kerana bila majerin itu sejuk dia akan nampak melekat pada pelastik.


27-03-2010, zachoes komen :

Saya pun pernah baca kalau nk kekal lembut (n sedap) rotinya tambahkn susu pekat manis. Hehe, thanks for the info~ ^_^


20-04-2010, helenna komen :

susu tepung blh ganti dgn susu budak2


05-05-2010, Nazdina komen :

nak tanya.. leh terus masak dalam breakmaker terus tak? tq.


05-05-2010, Nazdina komen :

nak tanya.. leh terus masak dalam breakmaker terus tak? tq.


05-05-2010, Nazdina komen :

nak tanya.. leh terus masak dalam breadmaker terus tak? tq.


05-05-2010, Nazdina komen :

nak tanya.. leh terus masak dalam breadmaker terus tak? tq.


08-05-2010, zachoes komen :

rasanya takde masalah, cuma pastikan breadmaker boleh muat untuk bakar adunan guna 3 cawan @ 300g tepung, sebab takut-takut nanti overflowing. kalau nak selamat leh buat half adunan dulu mcm sy buat tu :) (cuma sy punya agak kecil jugalah, tak tinggi sgt. hehe..)


07-07-2011, adeques9 komen :

bleh x ganti susu tepung dengn susu segar (susu kotak ducth lady tu)?


22-09-2011, myhobby komen :

ni guna api bwh sja atau api atas dan bwh?


22-09-2011, myhobby komen :

saya da cuba buat tpi bhagian dlm nya mcm tak masak...napa yek..bgian luar mmg garing dan sedap...anak2 makan yg luar je....bentuk mmg sama mcm u pya...saya guna oven masak...


01-10-2011, zachoes komen :

adeqsue9: Boleh, abaikan 1C air dan 1/4C susu tepung. Gantikan dgn 1C susu segar je. Cuma guna susu tepung lg berlemak. Dan mngkn kena adjust kuantiti susu segar tu, samada kena tambah atau kurangkan lg. Masukkan sikit2, jgn terus tuang semua dalam adunan.


01-10-2011, zachoes komen :

myhobby: kalau utk roti & kek biasa guna api atas-bawah, biar dia masak sekata. Kalau guna oven masak (yg gas tu kan?) guna api atas-bawah jg (kalau dia ada function atas-bawahlah, sy tak pasti sbb taknah guna). Kalau luar dh garing, tp dalam tak masak, tutup bhgn atas dgn foil utk elak dia ter'over' garing. Pastu tmbhkn masa memasak, mgkn tmbh lg 5-10 minit ke..


30-11-2011, maznah abdullah komen :

Tq 4 the recepi.sy dah bt guna tpg hp.nmpk ctk juga gn tpg gandum.sy suka mencuba.sy akan cuba n bg laporan.tq


08-06-2012, zuevamp komen :

kenapa roti yg saya buat (guna bread maker) kadang2 tak putih macam orang lain punya yea..?...yis tu ada colour effect jugak ke?


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu