Google+

oleh: sharifah azizah Kurma coklat badam

Dscn8722

mula-mula makan jajan dari kebun kurma, madinah. anak2 suka. so saya guna kurma yang ada untuk buat resepi ni. students yang datang pun kata suka... (takkan nak kata tak suka kan?) .....perasan!


Created on : 14-11-2009

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi sharifah azizah




Bahan-bahan ( untuk lebih kurang 50 biji )

  • 500 gm kurma dibuang biji (lebih kecil lebih elok)
  • 200 gm badam panggang
  • 200 g cokelat masak (cooking chocolate - boleh di beli di kedai kek)
  • 2 sudu makan butter
  • 1 sudu teh cocoa butter (utk kilatkan cokelat - juga boleh didapati di kedai kek)
  • lidi pencucuk atau garfu kecil
  • cawan kertas kecil

Cara-cara

  1. isikan badam ke dalam kurma, ketepikan
  2. masukkan cokelat, butter dan corn butter ke dalam bekas tahan panas
  3. panaskan di atas double boiler (panaskan di atas periuk berisi air mendidih) sehingga semua cokelat larut [x]
  4. cucuk kurma dengan pencucuk, celup ke dalam cokelat cair.
  5. masukkan ke dalam cawan kertas
  6. buat sehingga habis.
  7. susun rapat semasa menyejukkannya supaya bentuknya elok.
  8. buat cermat2 supaya hasilnya tak comot

Laporan Masakan Bergambar (0)



Komen (4)

14-11-2009, yanaghazali komen :

puan, saya rasa bukan corn butter...tapi cocoa butter...maaf kalo saya silap....


14-11-2009, sharifah azizah komen :

ha ha. adik tulis macam tu buat saya keliru. paketnya dah buang, tapi saya rasa memang corn butter. esok2 kalau g kedai tu saya confirmkan.


18-11-2009, sharifah azizah komen :

ye ye la yanaghazali, memang cocoa butter...ari tu saya salah baca.sori. saya edit ye..


19-11-2009, yanaghazali komen :

hhrmm just sama2 mengingati...!?


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu





Part of Dua Marhalah Sdn Bhd