Semua gambar dan juga resepi yang disumbangkan di myresipi.com adalah hakmilik tuan punya asal dan juga
myresipi.com.
Dilarang mengeluar ulang atau menggunakan mana-mana kandungan laman ini dalam apa jua bentuk dan apa
jua cara sama ada
elektronik, cetak, mekanik, fotokopi, rakaman atau pengstoran maklumat termasuk sistem dapat kembali tanpa
kebenaran dari tuan punya asal ataupun myresipi.com.
8 ketul ayam yang telah dibasuh bersih & ditoskan air nya..
Serbuk cili
Garam
1 labu Bawang besar (Belah 4)
2 ulas Bawang Putih (Dimayang)
1 inci Halia (dimayang)
2-3 tangkai lada kering (dikerat 2 @ 3)
Garam & Gula secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng
1-2 tangkai Daun Kari
Cara-cara
Gaul rata garam & serbuk cili tadi.
Gaul ayam yg telah ditoskan dengan serbuk cili yg telah digaul dgn garam tadi. Ayam hendaklah digaul satu persatu supaya serata & ayam tidak melekat satu sama lain.
Panaskan minyak. Goreng ayam yg telah digaul tadi hingga masak.
Setelah ayam masak, angkat ayam tersebut.
Tumis bwg besar, bwg putih, halia, daun kari & lada kering dengan menggunakan minyak menggoreng ayam tadi.
Setelah agak garing, masukkan ayam yg telah digoreng, gula & sedikit garam. Gaul rata & angkat sekali dengan minyak. Jika tak suka berminyak sangat, boleh kurangkan.
Boleh makan dengan nasi putih atau nasi minyak. Kalau saya, lebih suka manis sikit sebab nnt rasanya pedas manis skit.. anak2 saya pun suka.