oleh: patricia.b Ayam goreng dengan daun kari

091120091152

Resepi yang simple dan sedap. Cubalah...pasti tak rugi...


Created on : 09-11-2009

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi patricia.b




Share


Bahan-bahan ( 2 orang )

  • 250ml minyak untuk menggoreng- deep fry
  • 2 keping peha ayam, dipotong ikut suka
  • 5 tangkai daun kari- kalau nak lebih aroma, boleh tambah
  • Bahan A:
  • 1 sk kicap cair
  • 1/2 sk garam
  • 1/2 sk serbuk lada putih
  • 1 sb tepung jagung
  • Bahan B:
  • 1/2 sb sos tiram
  • 1 sb kicap cair
  • 1 sk gula
  • 1/2 sk stok ayam maggie- kalau takde pun takpe
  • 100 ml air
  • *optional- 2 biji cili merah dibuang biji dan dihiris-hiris, atau kalau suka pedas boleh diganti dengan cili padi

Cara-cara

  1. Perapkan peha ayam dengan bahan A selama 1 jam. Goreng (deep fry) dalam minyak panas selama 5 minit atau sehingga masak. Angkat dan toskan.
  2. Panaskan 2 sb minyak dan masukkan daun kari serta bahan optional tadi sehingga naik bau. Masukkan ayam, bahan B dan goreng dengan suhu paling panas sehingga kuahnya menjadi agak pekat atau kering. Sedia untuk dihidang.

Tag

ayam


Laporan Masakan Bergambar (1)

10112009202
11-11-2009
yummy! tp durhaka sket..x wat tang kuahnyer..heee pape pun mmg sdp
Laporan oleh: ayume

terima kasih ayume kerana mencuba


Komen (0)

Untuk komen, perlu login terlebih dahulu