Google+

oleh: sharifah azizah Agar-agar buah-buahan

Dscn0337

puding untuk hantaran


Created on : 07-11-2009

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi sharifah azizah




Bahan-bahan ( untuk hantaran @ hadiah. nak makan sayang sebab cantiq benar! )

  • 60 g agar-agar (jalur)
  • 800 ml air
  • 20 gm gula batu
  • 850 gm gula pasir
  • 1 putih telur
  • pewarna merah, kuning , biru. lidi satay, pencucuk kecil berus warna
  • sedikit esen (kak pah suka esn ros je untuk apa-apa agar-agar. konsevatif gitu)

Cara-cara

  1. Dscn0318
    masak agar-agar dengan air sehingga hancur
  2. masukkan gula pasir dan gula batu, kacau berterusan .
  3. ambil sedikit larutan agar-agar ke dalam bekas lain untuk menyadur buah.
  4. pukul putih telur, masukkan kedalam larutan pertama, terus kacau di atas api perlahan untuk lebih kurang 5 minit. matikan api, ters mengacau sehingga agar2 hampir beku
  5. tuang agar-agar ke dalam acuan kecil dan besar mengikut jenis buah yang hendak dihasilkan, biar sejuk selama 8 jam.
  6. Dscn0330
    mulalah berkarya...ukir agar-agar menjadi bentuk yang diingini.
  7. Dscn0333
    warnakan, sejukkan selama beberapa jam lagi.
  8. panaskan semula agar-agar yang disimpan tadi. gunakan untuk mencelup agar-agar buah yang telah siap dibentuk dan warna
  9. *untuk pisang, cucukkan "buah pisang" di atas sikat pisang yang asli (buahnya kita makan, sikatnya guna utk gubahan hantaran ini)

Tag

agar-agar

Laporan Masakan Bergambar (0)



Komen (15)

07-11-2009, citarasawan komen :

cantik memang sesuai utk hantaran.. tapi nak kena ada decorating skills baru leh jadi...


07-11-2009, put3 ct komen :

lawa nyer.... tapi mmg kene ader skills btul la sape yg buat...


07-11-2009, cik com komen :

setujuu!! kalo ada tutorial lagi bagus(bole ke you-tube link sini?).. sbb tgk manggis tu perfect.. mcm mana nak ukir secantik tu?? kelasss letak resepi camni.. tq sharifah. ini ada yg letak resepi tgkap muat je contohnye msk mi megi.. budak sekolah pon reti..


08-11-2009, sharifah azizah komen :

mbuatnya tak susah, tak mahal, tapi perlu minat. skil akan datang dgn latihan. orang yang sibuk mana boleh buat bende ni. kalau anak cucu kacau pun x leh juga. (mcm mana ye, kak pah nak upload cara membuat kenapa x boleh?)


08-11-2009, sharifah azizah komen :

ok ok dan berjaya upload sikit.


09-11-2009, mirrsoul komen :

cik com,ada ke orang hantar resepi masak mi maggi kat sini? doesn't make sense


09-11-2009, cik com komen :

mirrsoul, cube u taip maggi kat cari resepi.. melambak.. kalo kretip cam murtabak tu ok lagi.. ni maggi rebus.. kak sharifah thankss for the steps.. nmpk real belimbing tu.. tapi manggis tu lagi perfecto! kena kacau pakai whisk yer.. tgn akak mmg skill ler.


14-11-2009, sharifah azizah komen :

tak payah guna whisk lektik, kacau dgn whisker macam dalam gambar je.


14-11-2009, sharifah azizah komen :

ops salah taip. letrik maksud saya.


16-11-2009, sofinar komen :

cantik.... nanti nak try, adik ipar nak kawin ni, nak tnya manggis tu wat cmn nampak real.... acuan apa yang sesuai utk manggis tu


17-11-2009, sharifah azizah komen :

try la. tapi kena buat awal, 2-3 hari sebelum nak diguna. manggis tu guna acuan gelas besar. potong agar2 agak2 sebesar manggis. garis perlahan2 agar2 pada sempadan kulit dan isi. garis juga pada sempadan isi manggis sebelum diukir. gunakan pisau kecil (6inci bolehlah).


17-11-2009, sharifah azizah komen :

acuan cawan yang bawahnya agak bulat sikit boleh juga diguna. akak nak upload beberapa gambar lagi tapi tidak berjaya...kalau tak bolehlah dapat gambaran lebih jelas..


26-05-2011, suzymokhtadi@yahoo.com komen :

cantik sggt.nmpk real. mcm buah btl.mcm nie pny bentuk nk mkn pun syg....


03-07-2011, sharifah azizah komen :

selalunya orang buat hantaran je. nak makan sayang kan?


20-12-2012, fubai komen :

kak, buat la resepi baru: cara2 mengukir plak... br ada idea nk start dr mana... skill baru ni... precious...


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu





Part of Dua Marhalah Sdn Bhd