oleh: halida Jemput-jemput Sardine

Jemput-jemput_sardin_3

makanan petang,idea dari housemate,resepi sendiri


Created on : 05-11-2009

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi halida




Share


Bahan-bahan ( 2 orang )

  • 350gm Tepung Gandum
  • 3 ekor Sardine yang dilenyek-lenyek
  • 1/2 bawang besar dicincang atau dikisar
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 1/2 biji cili dicincang atau dikisar
  • Garam secukup rasa
  • Air atau susu segar
  • Cadangan bahan lain yang boleh juga ditambah : daun bawang, udang kering, taugeh, kentang ,dll(mengikut kreativiti masing-masing atau apa sahaja bahan yang ada)
  • Minyak untuk mengoreng

Cara-cara

  1. Campurkan semua bahan-bahan di atas kecuali minyak.
  2. Kacau sehingga adunan boleh dibentuk dengan tangan atau sudu.Jika tercair,tambahkan tepung gandum.Jika terpekat,tambahkan air.
  3. Panaskan minyak. Goreng jemput-jemput mengikut citarasa masing-masing samada garing atau kurang garing.
  4. Sedia untuk dimakan bersama sos cili atau sos tomato


Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (6)

05-11-2009, hishwa komen :

mmm... cam sdp je, sy ni mmg penggemar jemput2 savouri, thanx 4 d idea :)


05-11-2009, lynnsyahana komen :

waaaahh......cam sedap je...leh arrr nak try...


06-11-2009, Amy75 komen :

bijak2, saya ni memang suka sangat makan sardin dan jemput2 tapi tak pernah terfikir lak nak gabungkan. Saya ni memang suka makan pun cuma hadkan untuk kesihatan dan berat body. Salu wat jemput dan cicah dengan sardin.


07-11-2009, halida komen :

Selamat mencuba kepada semua..Bak kata ibu saya,masakan adalah seni.Adalah hak tukang masak mempelbagaikan masakan....


07-11-2009, Amy75 komen :

power ayat, terkedu gak chef wan kalau gini.


14-05-2011, seroja6998 komen :

Wah..sardin n jemput2 ni my hubby's fav. Pas ni leh cuba la..


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu