Resipi stim ikan yg simple tp rasa lebih kurang sama dgn restoren tom yam..meh la try..bahan2 pn mudah carik..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

stim ikan mudah

Resipi stim ikan yg simple tp rasa lebih kurang sama dgn restoren tom yam..meh la try..bahan2 pn mudah carik..

BAHAN-BAHAN

  • -1 ekor ikan siakap, cuci bersih n kelar, lumur dgn garam, lada sulah dan 5-6 ulas bwg putih yg ditumbuk,ketepikan
  • Lumur ikan dgn garam, Lada sulah & 5-6 ulas bwg putih yg ditumbuk
  • Ketepikan..
  • -Bahan utk kuah stim-
  • -5 ulas bwg putih tumbuk kasar
  • – 2 bj cili api-hiris (ikut tahap kepadasan masing2.. nak lg pedas,letak lebih
  • -seinci carrot- potong mcm batang mancis,(jullien)
  • -seinci halia muda- potong mcm btg mancis gak, sedap letak lebih..
  • -2 btg serai,ketuk
  • -tomato-hiris
  • -2 tangkai daun bawang-hiris panjang
  • -2-3 bj asam boi utk stim (nm lain plum jeruk.. ada jual kat pasar @ pasaraya.. xbuh pn xpe..
  • -1 1/2 bj asam limau-perah ambik air jer..
  • – 1/2 cwn air dicampur dgn 1 sd besar tepung jagung
  • -sedikit daun ketumbar jika suka-hiris kasar
  • Klik di sini untuk isi bahan
CARA PENYEDIAAN
  • masuk air dlm kuali yg dalam dan agak2 muat ikan, biar air gelegak dulu baru masuk ikan..
  • tutup kuali dan balik2 kan ikan tadi..biar masak serata.. agak dah masak,angkat ikan..tp hati2 jgn smp hancur..
  • Angkat ikan,letak dlm pinggan besar, air lebihan rebus tu buang sbb tkt hanyir..
  • dalam kuali lain, masuk 2-3 cwn air, masuk semua bahan kecuali air limau, tepung jagung yg dibancuh, asam boi n tomato…
  • bila air dah gelegak, baru masuk asam boi, tomato
  • perasakan kuah stim ni, garam,aji n air limau nipis..ikut suka nk masin ke,masam ke..
  • baru masuk air bancuhan tepung jagung td.. agak dah masak cucur atas ikan..
  • baru tabur daun ketumbar yg dihiris kasar td.. baru umph.. tp pada yg xsuka bau dia..xyah bubuh..
  • k..slamat mencuba…

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN