Bila dah nak raya ini mesti la ketupat antara menu yang wajib ada pada pagi raya. Selalunya orang akan hidangkan ketupat yang biasa tu sahaja, tetapi kali ini kita kongsikan pada anda ketupat palas versi manis. Ketupat manis ini asal daripada Kelantan, rasa manisnya itu kita boleh adjust mengikut cita rasa sendiri. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Rohaida Mat Idris di Facebook.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

KETUPAT LEMAK MANIS

Bila dah nak raya ini mesti la ketupat antara menu yang wajib ada pada pagi raya. Selalunya orang akan hidangkan ketupat yang biasa tu sahaja, tetapi kali ini kita kongsikan pada anda ketupat palas versi manis. Ketupat manis ini asal daripada Kelantan, rasa manisnya itu kita boleh adjust mengikut cita rasa sendiri. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Rohaida Mat Idris di Facebook.

BAHAN-BAHAN
  • 1 kg beras pulut susu

  • 4 1/2 cawan santan

  • 1 sudu kecil garam

  • 2 cawan gula

  • 2 helai daun pandan

  • 5 pelepah daun palas

  • 2 keping asam keping

Kredit: Rohaida Mat Idris

CARA PENYEDIAAN
  • Rendam beras pulut 2-3 jam bersama asam keping.

  • Kukus pulut lebih kurang 40 minit atau sehingga masak, keluarkan dan masukkan di dalam bekas.

  • Masak santan bersama gula, garam dan daun pandan.

  • Masukkan santan yang telah di masak ke dalam pulut ,kacau pulut sehingga sebati dengan menggunakan sudip kayu.

  • Sejukkan, kemudian boleh mula bungkus. Kalau nak sedap boleh letak serunding daging pada bahagian dalam pulut.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN