resipi sendiri

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

kastad jagung bersos coklat

resipi sendiri

BAHAN-BAHAN

  • UNTUK KASTAD
  • 1 tin susu cair
  • 1 tin tepung castad (i sukat guna tin susu cair)
  • 1 tin jagung manis
  • 3 tin air (i sukat guna tin susu cair juga)
  • 1 cawan gula
  • UNTUK SOS COKLAT
  • 8 sudu teh serbuk koko
  • 25 biji kacang hazelnut
  • 3 sudu teh gula
  • 1/2 tin air (i sukat guna tin susu cair)
CARA PENYEDIAAN
  • bahan 2 (UNTUK BUAT SOS COKLAT)
  • masukkan 8 sudu teh serbuk koko ke dalam mangkuk dan bancuh dengan mengunakan 1/2 tin air
  • goreng kacang hazelnut tanpa minyak sehingga kekuninggan dan kisar kering kacang hazelnut dan masukkan ke dalam bancuhan serbuk koko tadi..gaul sebati
  • kemudian masukkan ke dalam periuk dan masukkan gula 3 sudu teh..masak di atas api kecil selama 10 minit..tutup api dan asingkan di tepi
  • bahan 1 (UNTUK KASTAD)
  • masukkan 1 tin jagung dan 1 tin susu cair ke dalam blender kisar hingga hancur dan masukkan ke dalam periuk masak di atas api kecil sehingga mengelegak
  • sementara tunggu bahan 1 mengelegak bancuh 1 tin tepung kastad bersama 3 tin air
  • apabila bahan 1 tadi mengelegak masukkan tepung kastad yang telah di bancuh cair tadi ke dalam bahan 1 dan masukkan 1 cawan gula kacau sehingga menjadi pekat
  • apabila sudah pekat tutup api dan masukkan ke dalam bekas dadih kecil (setiap bekas masukkan setengah sukatan sahaja)
  • kemudian yang terakhir ambil bancuhan serbuk koko tadi dan tuangkan sedikit demi sedikit ke dalam bekas dadih yang sudah di isi kastad tadi (tuang bancuhan coklat dengan paras yang tinggi supaya coklat dapat turun sampai ke bawah mangkuk)
  • biarkan sehingga sejuk dan tutup dengan menggunakan penutup mangkuk dadih simpan di dalam peti sejuk semalaman dan sedia terhidang
  • insayallah ikut resepi i pasti akan menjadi…sesuai di jadikan pencuci mulut….SELAMAT MENCUBA KAWAN KAWAN

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN