bayam brazil

Pernah makan Bayam Brazil Celup Tepung? Sedap tau lagi-lagi buat makan sebagai keropok.

Selain bayam brazil, daun pegaga juga boleh digunakan. Tapi resipi ini, daun bayam tak perlu dilap atau dikeringkan terlebih dahulu.

Baca juga: Cara Buat Keropok Lekor Homemade, Ringkas & Tak Guna Banyak Bahan

Hidangan ini sedap tau untuk dibuat kudapan atau lauk dimakan bersama nasi. Sesuai juga untuk kanak-kanak makan sebagai keropok sihat.

Jom kita ikuti perkongsian resipi dari Siti Khadijah Binti Mohammad ini. Sedap dan rangup krup krap katanya.

Resipi Bayam Brazil Celup Tepung

Bahan-bahan:

  • 5 sudu tepung bestari original
  • 1 sudu tepung bestari pedas
  • 2 sudu tepung jagung
  • 2 sudu tepung beras
  • 1 sudu rempah kari

Cara penyediaan:

1. Gaul sebati kesemua bahan di atas.

2. Cuci bersih daun bayam dan ambil daunnya sahaja. Toskan

3. Taburkan campuran tepung tadi di atas daun bayam hingga sekata.

4. Boleh goreng bila minyak dah panas.

5. Goreng hingga garing dan boleh siap di angkat.


Bayam Brazil celup tepung ni best makan macam tu je. Nak cicah sos keropok pun boleh. Makan sambil layan drama atau membawang pun boleh jugak.

Tapi tak boleh goreng banyak untuk buat stok beberapa hari. Sebab bayam mudah lemau bila masuk angin. Cara terbaik, goreng bila nak makan je.

Selamat mencuba!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN