Resepi Kek Lumut (Kukus)

 Dihantar Oleh Pada 01 November, 2009
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: loyang 7 " x 7 "
Description

lagi koleksi resepi kek tradisi Bumi Kenyalang dalam versi dyg. Baunya sgt wangi, moist dan sedap. Kek ini menggunakan bahan2 utk 1/2 adunan dan dikukus selama 2 1/2 jam. Resepi asal menggunakan sukatan gelas boleh rujuk di blog dyg : http://dayangjack.blogspot.com/2009/10/kek-lumut.html

Share:
Bahan-bahan
  • 1 cawan tepung gandum (diayak)
  • 1 cawan horlicks
  • 3/4 cawan gula halus
  • 250 g mentega
  • 4 biji telur A
  • pewarna hijau secukupnya @ Pandan Emulco (dyg guna 1 sb pandan paste Cap Kopoe-Kopoe)
  • 4 sudu besar seri kaya
  • 1/4 cawan susu pekat manis
  • 1 sk esen vanilla
Cara-cara
  1. Sediakan pengukus. Didihkan air. Griskan Loyang dgn mentega dan taburkan dgn sedikit tepung.

  2. Pukul mentega bersama gula halus hingga kembang dan berkrim. Gunakan kelajuan maksima.

  3. Masukkan telur sebiji dan pukul hingga sebati (guna speed sederhana). Kemudian, masukkan lagi sebiji telur dan pukul lagi. Ulangi proses ini sehingga habis.

  4. Masukkan susu dan serikaya. Pukul lagi.

  5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit diselangselikan dgn horlicks dan gaulkan sebati.

  6. Masukkan pewarna hijau dan esen vanilla. Sebatikan

  7. Tuangkan adunan ke dalam Loyang dan tutupkan dgn kertas foil.

  8. Kukuskan selama 2 jam 30 minit. (tambah air panas jika hampir kering)

  9. ***jika suka, blend gula halus seperti gula ising supaya cepat hancur & gebu semasa diputar dgn mentega

  10. ***untuk sukatan cawan ke gram, boleh rujuk di sini : http://dayangjack.blogspot.com/2009/10/sukatan-imperial-metrik.html

Tags 
  •   kek
  • Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua