Resepi Ikan Bawal Sweet N Sour

 Dihantar Oleh Pada 30 January, 2007
Masa penyediaan: 
Hidangan: 3-4 org makan
Description

Resepi yang senang dan sedap..dimakan dengan nasi putih.

Share:
Bahan-bahan
  • 1 ekor ikan bawal-dilumur garam dan kunyit atau dilumur garam dan sedikit tepung jagung
  • 3 biji bawang merah-ditumbuk
  • 1 ulas bawang putih-ditumbuk
  • 1 in halia-dihiris panjang-panjang
  • 1 biji tomato-dipotong dadu
  • 1/2 biji cili benggala-dipotong dadu
  • 1/2 biji bawang besar-dipotong dadu
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1/2 lobak merah-dipotong dadu
  • 1/3 timun-dipotong dadu
  • Sedikit bunga kobis
  • Sedikit nenas-dipotong dadu
  • Sedikit garam dan gula secukup rasa
Cara-cara
  1. Ikan yang dilumur tadi digoreng hingga garing sedikit. Ketepikan.

  2. Tumis bawang yang ditumbuk, halia dan bawang besar.

  3. Masukkan sos cili dan sos tomato. Kacau. Masukkan tomato, cili dan sayuran lain. Masukkan sedikit air jika terlalu pekat.

  4. Biar mendidih, masukkan garam dan gula. Angkat dan tuang atas ikan yang digoreng tadi.