Resepi Mee Goreng Udang

 Dihantar Oleh Pada 22 October, 2009
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 4-5 orang
Description

Resipi sendiri. 20 minit persiapan & masak.

Share:
Bahan-bahan
  • Daging hiris atau isi ayam,
  • Udang sederhana 6-10 ekor,
  • mee kuning sebungkus,
  • taugeh, sawi, tomato,
  • 3 sudu besar sos tomato,
  • 2 sudu besar sos tiram,
  • 3 sudu besar kicap pekat,
  • kiub udang 1/2 ,
  • minyak masak 3 sudu besar,
Cara-cara
  1. Panaskan minyak masak, api sederhana. Sambil menunggu, masak daging atau ayam yang telah dihiris dalam microwave selama 3-5 minit.

  2. Masukkan udang yang telah dimasak ke dalam minyak panas.

  3. Tumis dengan bawang putih 4-5 ulas, dihiris nipis. Masukkan daging/ ayam dan gaul dalam kuali.

  4. setelah 2-3 minit, masukkan sedikit suku cawan air dan kiub udang. Kacau hingga 2 minit. Besarkan api. Masukkan mee kuning dan gaul 3-5 minit.

  5. Akhir sekali masukkan tomato hiris dan sayur. Siap bos.

Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua