Bubur Asyura

Resepi Bubur Asyura

 Dihantar Oleh Pada 29 January, 2007
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: sekeluarga boleh makan, 10 Muharam kan Hari Asyura
Description

resepi bonda ku tercheenta..sedapnyaaa mak masak..

Share:
Bahan-bahan
  • 2 cawan beras
  • sebiji santan kelapa(1/3 santan pekat dan 2/3 santan cair)
  • 2 biji bawang kecil
  • 1 inci halia
  • garam secukup rasa
  • **bahan untuk perencah(di tabur atas bubur)
  • 10 biji bawang kecil(dimayang)
  • 2 genggam kacang tanah
  • 5 ketul ayam, ambik bahagian byk isi
  • 5 batang daun sup
  • 3 biji telur ayam(digoreng dadar dan dihiris nipis))
Cara-cara
  1. Masak beras dengan ukuran air 3 kali ganda dari biasa. Biarkan hingga semua nasi bertukar jadi bubur.Kacau seberapa kerap yang mungkin untuk mengelakkan hangit.

  2. Masukkan bawang kecil yang telah dimayang dan halia ke dalam periuk.

  3. Masukkan garam apabila perlu dan rasa.

  4. Bila semua nasi dah jadi bubur, masukkan santan cair dan kacau.Kemudian masukkan santan pekat dan kacau lagi sampai jadi bubur yang sedap.

  5. ** bahan untuk perencah(ditabur)

  6. Buat bawang goreng sendiri, lebih harum. Caranya, bawang kecil yang telah di mayang tadi di gaul dengan tepung gandum hingga agak-agak rata. JANGAN LETAK AIR !! Goreng dgn api kecil.Bila sudah kekuningan, angkat.

  7. Goreng ayam, siat isi dagingnya

  8. Kacang tanah digoreng

  9. daun sup di ricih

  10. ** Cara untuk menghidang

  11. Tuang bubur dalam mangkuk, tabur daging ayam yang telah disiat tadi, kacang tanah, bawang goreng, telur goreng dan daun sup. Sedap dimakan masa suam-suam kuku. Errmmm..sedap..