Resepi Kek Coklat Basah

 Dihantar Oleh Pada 17 October, 2009
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 5-6 orang
Description

Sesuai untuk 'hantu' coklat.

Share:
Bahan-bahan
  • Bahan A :-
  • 1 cwn air
  • 1/2 cwn serbuk koko Van Houten
  • 1/4 cwn gula pasir
  • Bahan B :-
  • 250gm Buttercup
  • tepung kek + susu tepung = 2 cwn
  • 5 biji telur ---> asingkan putih & kuning
  • 3/4 cwn gula icing (gula castor pun boleh)
  • sedikit badam
  • sedikit esen vanilla & perisa rose
  • Hiasan : -
  • 100 - 150 gm coklat masakan
  • sedikit minyak masak
  • sedikit badam / coklat @ colourful rice (pilihan)
Cara-cara
  1. Bahan A : satukan dlm satu periuk. Masak ats api kecil @ sedehana. Pastikan ianya likat & sejukkan. Sambil2 tuh boleh lenserkan bekas acuan dan kertas minyak dengan merjerin. Ketepikan.

  2. Asingkan putih & kuning telur. (Pastikan kuning telur tak termasuk dalam putih telur, walau sedikit. Nanti 'meringue' tak jadi. ) --->utk elak @ hilangkan hanyir putih telur, buangkan 'mata' yang terdapat dlm putih telur tu.

  3. Pukul putih telur hingga kembang/menjadi putih, ketepikan.(guna mixer @ guna whisk pun ble). (kalau diterbalikkan, ia tak jatuh dr bekas,bermakna ia dah cukup kembang)

  4. Masukkan butter,gula, esen vanilla & perisa rose ke dlm mixer. Putar hingga kembang.

  5. Ketika mixer masih on, masukkan kuning telur sikit demi sedikit hingga hbs kedalam bahan2 tadi (step 4).

  6. Kluarkan adunan tadi dr mixer...masukkan badam (kalau suka),gaul sebati.

  7. Satukan Tepung Kek & Susu Tepung, ayak. Kemudian, masukkan tepung nie ke dalam bahan2 tadi yg diputar tadi berselang seli dengan Bahan A tadi.

  8. Masukkan putih telur tadi, gaul hingga adunan semua sebati. Tuang dlm bekas acuan kek. Bakar hingga masak (30 - 40 minit). Sejukkan atas redai.

  9. Hiasan : Cairkan coklat masakan dengan kaedah 'double boiler', masukkan sedikit minyak masak.(tuk bagi ia berkilat). Tuang coklat nie atas kek yg telah sejuk tadi. Boleh hiaskan dengan coklat @ colour rice @pun badam.

  10. ** kalau rajin boleh potong kek kepada dua lapisan. Then tuang coklat masakan tadi. Lapiskan semula. Past tuh ikut semula step last tadi.... Selamat mencuba...

Tags 
  •   kek