Dihantar Oleh Pada 17 October, 2009
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 25 biji
Description

akhirnya berjaya buat jemput2 yg gebu... takut lupe resipi, ltk sini, bole kite share...

Share:
Bahan-bahan
  • 350 gm tepung gandum
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil gula
  • 2 sudu kecil yis
  • 1/2 biji telur
  • air
  • 1/2 bawang besar
  • daun kucai
  • taugeh
  • ikan bilis halus-halus @ udang baring yg dah dikeringkan (sakura ebi)
  • minyak untuk menggoreng
Cara-cara
  1. campurkan tepung,garam, gula, yis dan telur. masukkan air. adunan hendaklah tidak terlalu cair. masuk air agak2 boleh jemput dengan tangan masa hendak menggoreng.

  2. biarkan adunan selama 45 minit. penapaian menggunakan oven adalah selama 30 minit pada suhu 40 darjah.

  3. setelah adunan kembang, masukkan sayur2 dan ikan bilis.

  4. panaskan kuali. jemput dgn tangan jika mahu jemput2 menjadi bulat2. goreng hingga habis.