Dihantar Oleh Pada 29 January, 2007
Masa penyediaan: 
Hidangan: 4-5 orang
Description

Sedap dimakan dengan roti dan nasi juga. Hati ayam juga boleh gunakan resepi ni.

Share:
Bahan-bahan
  • 1/2 hati lembu dipotong kecil (hati ayam pun boleh gunakan resepi ini)
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • Bahan untuk dikisar:
  • 1 sudu jintan manis dan jintan putih
  • Sedikit biji ketumbar
  • Sedikit lada hitam
  • 1/2 halia
  • 2 ulas bawang merah
  • 1 sudu besar rempah kurma
  • 1 asam keping
  • 1 kulit kayu manis
  • 1 biji cili hijau
Cara-cara
  1. Potong hati lembu sebesar ibu jari dan rendam dalam air bercampur tepung gandum selama 5-8 minit. Kemudian bersihkan.

  2. Goreng daun kari, bawang putih dan merah hingga kekuningan kemudian masukkan kulit kayu manis dan bahan dikisar bersama rempah kurma masak hingga naik minyak (garing). Kemudian tambah sedikit air dan masukkan hati lembu tadi masak sehingga 3 minit. Letak asam keping, cili hijau serta garam dan serbuk perasa. Siap disantap.

  3. Peringatan :Hati lembu/ayam jangan dimasak terlalu lama kerana hati lembu/ayam lembut akan jadi keras jika terlalu lama dimasak.

Komen