Ikan Percik

Resepi Ikan Percik

 Dihantar Oleh Pada 28 January, 2007
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan:  6 org
Description

masakan daripada kelantan,resipi ini adalah daripada kak ipar.mudah disediakan, cepat dan lazat.

Share:
Bahan-bahan
  • 4 ekor ikan kembung
  • 8 ulas bawang merah
  • seinci halia
  • 2 1/2 biji santan kelapa
  • air asam jawa
  • tepung jagung
  • garam, gula dan serbuk perasa.
Cara-cara
  1. Tumpuk 3 ulas bawang merah bersama sedikit garam untuk diperapkan bersama-sama ikan kembung. biarkan selama beberapa minit.

  2. Kisar 5 ulas bwang merah bersama halia.

  3. Panaskan santan di dalam kuali sampai mendidih dan kacau jangan sampai santan tersebut berketul.

  4. Masukkan bahan yang dikisar dan kacau. Selepas itu masukkan air asam jawa, garam,gula dan serbuk perasaan secukup rasa.

  5. Bila semuanya sebati dan mempunyai rasa yang memuaskan, masukkan sedikit tepung jagung untuk memekatkan kuah percik tersebut.

  6. Bakar ikan kembung tadi sampai masak. Selepas itu siramkan kuah percik ke atas ikan dan bakar kembali ikan tersebut.ulangi langkah tersebut sebanyak 3 atau 4 kali.pasti ikan percik anda akan sedap.

Laporan MasakanLihat Semua (0)
Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua